Siapa Penggemar makanan laut kat sini?
I la tu *sendiri tanya, sendiri angkat tangan 🙋 🙋 🙋 . haha
Disebabkan huda penggemar seafood yang tegar, tapi memandangkan tiada transport nak memborong makanan laut. Jadi, ternganga je la kalau tengok gambar orang makan ketam atau udang. haha..
Sampai laa huda jumpa satu kedai online ni, yang boleh hantar makanan laut sampai depan pintu rumah. Tak tau lah kalau korang dah memang *familiar dengan Pembekal Seafood online ni. Sebab dia pernah keluar kat media.
Ni la yang huda cakap tu, namanya "LUBUK LOBSTER".
Seafood online sedia dihantar hingga ke rumah |
Order petang, malam tu dah sampai.. Servis yang sangat pantas! Tak sampai sehari pun, huda dah boleh dapat order tu. hehe.
Tapi bukanlah semua jenis makanan laut ada kat situ. Yang ada kat situ semua yang jenis sepit-sepit dan agak mahal. Tapi korang boleh dapatkan dengan harga yang jauh lagi murah dari kedai-kedai kat luar sana tu. Ada yang masih hidup dan ada yang sejuk beku. Terpulang lah korang nak yang hidup ke yang dah mati. hihihi.
Yang ada kat sini antaranya:
Canadian Lobster yang masih hidup |
Canadian Lobster siap untuk dimasak |
Australian Rock Lobster yang masih hidup. Rupa pun dah memang rock. |
Ketam Nipah masih bergerak |
Raja segala ketam. Sentiasa menjadi idaman. Isinya banyak kat bahagian kaki. Seedaaaaapp!! |
Ketam berkulit lembut. Sangat mudah untuk dimakan |
Si sepit biru, Udang Galah ni pun ada |
Selain si sepit, ikan Salmon pun ada |
Si Tiram ni pun ada, uiii sedapnyaa! |
Half Shell Scallop siap ada telur lagi tu |
Nak merasa jugak kesedapan dan kesegaran makanan laut ni? Yang pastinya jangan cari huda. Sebab bukan huda yang jual, huda tau makan je.. hihi
Kalau korang berminat nak merasa si sepit-sepit ni dengan harga yang jauh lagi murah dari kedai kat luar, boleh klik Lubuk Lobster kat bawah ni..
Whatsapp: 013-3923 686 (Encik Luq'man)
(sudah semestinya payah nak dapat kat luar si sepit-sepit ni, sebab ni luar negara mari) hehe
Gambar-gambar dalam ni, semuanya kredit kepada Lubuk Lobster. 😉
Selamat menjamu selera!
Selamat menjamu selera!
Datang ke Bangi tapi tak tahu makanan apa yang sedap kat situ?
Huda yang selalu pusing-pusing kat Bangi ni pun kadang-kadang tertanya-tanya makanan apa yang menarik kat Bangi ni..
Ada satu hari tu, singgah kat Bangi Gateway, saja la pusing-pusing.. Lepas tu lapar.. Restoran yang ada kat situ macam, alaaaa... bosannya..
Sampai la ke penghujung jalan, tetiba nampak satu kedai makan ni, unik la design kedai tu.. Macam 'old school' gitu. Meja makan, kerusi kayu macam ala-ala meja sekolah zaman dulu-dulu tu.. Menarik jugak ni.. Maka menapak la dua belah kaki ni ke dalam kedai tu.
Macam ni la rupa dalam kedai tu (gambar ihsan Google) |
Lepas duduk tu, sampai la pelayan (muda-muda gitu semuanya). hihi.. Tanya la, apa yang menarik kat sini. Dia cadangkan huda nasi beriani kambing. Okay jugak tu, lama dah tak makan nasi beriani.
Sambil-sambil tunggu order tu, mata ni meliar la kat dalam kedai tu.. Haa, mata huda tertangkap kat benda alah ni.. Waahh.. Kedai ni merupakah 'Pilihan Jalan-jalan Cari Makan' TV3 rupanya.. Okay, tak sabar nak cuba.
Jeng-jeng... Dah sampai makanan pilihan huda tadi
Yummyy!! |
Bismillah...
Suapan pertama
Urm... sedapnyaaaa... Nak nangis rasa..
Serius tak tipu, sedap sangat-sangat
Kalau macam ni sedap dia, boleh selalu datang ni.
Daging dia pun banyak.. Siap boleh ratah lagi.. urghh,, Sedapnyaa..!!
*eh, daging dia satu pinggan je tau. Tu saja mintak extra, sebab kawan i diet. Nak ratah daging saje. hihi.
Korang yang hantu nasi beriani tu, patut cuba rasa kat sini. Sedap hingga menjilat jarii.. hihi
Korang yang tak tau nak makan apa kat bangi, haa meh cuba sini. Sangat-sangat disarankan mencubanya..
Sangat Sedap!! |
Huda kasi 5 bintang untuk nasi beriani kat sini. *So Delicious! Mama miaa!
Nama kedai: Biji Kopi
Lokasi: Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)
Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam
Layari laman Facebook Page kedai ini
Nama kedai: Biji Kopi
Lokasi: Bangi Gateway Shopping Complex, C-8-G, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (waze)
Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam
Layari laman Facebook Page kedai ini