Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

Sinopsis Drama 'HATI PEREMPUAN'

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa peminat tegar drama Melayu? Setegar apakah minat korang? Hehe.
Saya pun minat jugak drama2 Melayu ni,  nak2 drama pukul 7 kat tv3 tu. Selalunya drama pukul 7, memang best2..

Saje je kan siar waktu maghrib. Waktu maghrib dah la singkat je. Memang tak la nak tengok waktu maghrib. Haipp! Kena piyat nanti kan. Rules kat rumah, NO HIBURAN, NO TV waktu maghrib. Akur. Itu yang terbaik. Hihi. Lagipun, memang tak sempat la nak tengok waktu maghrib.

Apa payah, sekarang kan boleh tengok online. Apa lagi, saya TONTON je laa. Klik je tonton.com.my . As simple as A, B, C. Tapi line kena kuat la. Hihi.

Bagi yang suka tengok drama melayu macam saya ni, jom baca sinopsis cerita ni. Sekarang ni, cerita pukul 7, kat tv3 yang sedang bermain, tajuknya ‘Hati Perempuan’. Not bad untuk buat kita berangan sampai ke bulan. kihkihkih..

Hati Perempuan
'Hati Perempuan'
Sinopsis

“Hati Perempuan” berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan (rasa dia sorang je yang betul dalam dunia ni).

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis, sedangkan mereka sentiasa berselisih faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak berputus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dalam soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya, Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. 

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

Ikuti perjalanan kisah Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 malam di TV3.
Yuhanis dan Tengku Zaril
Watak Utama Si Manis dan Si kacak 'Hati Perempuan'
Saksikan drama “Hati Perempuan” yang akan mencuri hati para peminat drama Melayu mulai 30 Mac. Karya novelis Nur Ain Al-Abas dan arahan Kas Roshan dengan gandingan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai peneraju utama. 

Drama 28 episod ini turut membariskan bintang yang semakin berkilau seperti Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa. 

Ok.. Tataa.. Selamat berangan! hehe..
Takdela, selamat menonton semua.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...