Showing posts with label perempuan cantik. Show all posts
Showing posts with label perempuan cantik. Show all posts

Monday, 9 February 2015

Persepsi: Cantik ke Tidak


السلام عليكم
Selamat petang. Haii uolls… Awak cantik tak? Handsome tak? Saya cantik! Saya yakin cantik.. (Biar la orang nak kata saya perasan pun. Ngeh3..) Mestilah saya cantik. Kalau bukan saya sendiri yang puji “saya cantik” siapa lagi kan. Walaupun, berlambak orang kat luar sana puji “eh, awak cantik la..”, “eh, awak pakai produk apa ye”, “cantiknya awak” (kalau la ada, tapi tak ada pun :p). Jangan nak perasan sangat ye. Hihihi. Kalau la ramai pun puji macam tu, sekiranya diri sendiri tak puji cantik, tak sama tau, confident level tu banyak beza nya. Tak payah la nak mengharap orang puji-puji ni. Saya bersyukur seadanya yang Allah bagi ni. Alhamdulillah.. J

Bagi saya, semua orang tu cantik. Come on laa.. Cantik tu subjektif laa. Jangan nak ukur cantik tu kat muka je tau. Dan jangan duk bertekak kalau tak sependapat dengan orang lain pasal cantik ni. Contohnya:

Orang 1: “Cer korang tengok perempuan tu, cantik kan.. Dahi luas, bibir tebal, hidung penyet, pakai spek..”

Orang 2: “Haper ke cantik perempuan macam tu, yang gitu pun ko kata cantik? Apa ke teruk sangat test ko ni? Kalau perempuan yang ada lesung pipit, mata sepet, dagu terbelah, baru la cantik.”

See, persepsi cantik setiap orang tu berbeza. Terpulang lah pada kita macam mana nak mendefinisi kan cantik tu. Jangan gaduh-gaduh pasal ni. Cantik tu subjektif ok.

Soalan: Apakah definisi cantik menurut pendapat anda?
              _______________________________________________________
              _______________________________________________________
              _______________________________________________________

Nampak garis kosong panjang-panjang kat atas ni? Haa, korang describe la apa definisi cantik menurut korang. Tak ada salah. Semua betol.. Tak ada skema jawapan untuk soalan macam ni.

Macam tu la nak cakap betapa subjektif nya cantik atau handsome ni. Faham semua?
(Tetiba rasa macam cikgu-cikgu la pulak, mengajar anak murid tentang cantik, kihkihkih)

So, kesimpulannya syukuri apa yang ada.. Allah dah buat sama je setiap orang. Semua cantik. J Kalau la Allah buat semua hidung mancung, mata bulat, kening terbentuk elok, ada lesung pipit dan lain-lain semua, macam mana dengan orang yang bagi mereka semua ni, tak cantik.

Bagi mereka, yang hidung penyet, mata sepet, tak ada lesung pipit itulah yang cantik. Kesian la kat mereka ni kan. Allah dah buat adil semua. Syukuri aja ya.. J  

Saya akui, saya pun suka jugak tengok orang-orang cantik, handsome ni. Dah memang fitrah manusia macam tu kan, sukakan kecantikan. Huhu. Tapi bagi saya, cantik yang sebenarnya adalah apabila seseorang itu baik akhlak serta tingkah lakunya. Saya rasa itu yang paling cantik. Siapa yang akhlak baik, dia sememangnya cantik! Saya hormat orang yang sebegini. J Kalau rupa cantik, tapi perangai hampeh, tak hormat orang, mulut tak jaga, umph.. tak cantik mana pun langsung tak cantik sebenarnya. 

Vanidah Imran

Fazura
Suka tengok Fazura dan Vanidah Imran ni. Macam perempuan Melayu terakhir gitu. Cantik.. Sorry, ni je gambar akak-akak ni bertudung yang saya jumpa. (p/s: kalau akak-akak ni bertudung lagi manis sebenarnya kan. Cantik sangat! Baru betul-betul nampak perempuan melayu terakhir. Jangan marah ye, ni pandangan saya.. Hiihi…)

Yang ni pun cantik jugak, muka macam budak-budak. Kecik-kecik comel jer. Hehe
Emma Maembong
Wawa Zainal
Yang ni pun saya suka tengok, muka bersahaja je. J
Lisa Surihani 
Nelydia Senrose

Neelofa pun cantik. Masa mula-mula dia muncul kat tv. Ingatkan kembar Fazura. Tak taula macam mana mata ni boleh nampak rupa serupa pulak. Hihi

Artis bollywood pulak yang bagi saya cantik, Shraddha Kapoor dan Katrina Kaif 


Kalau omputih pulak saya suka Princess Diana dan Anne Hathaway. Anne Hathaway ni walaupun nampak la tuanya, tapi tetap cantik. Muka ala-ala princess. 


Artis Filipina pulak Marian Rivera dan Kristine Hermosa, cantikkan diorang ni..


*semua gambar ni ihsan dari pakcik google. 

Itu saja sajian buat pagi ini. Silap dan salah harap dimaafi. cantik hati, cantik lah peribadi. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...