bebel

ADA APA DENGAN TAHUN BARU?

11:06

SELAMAT TAHUN BARU!!

Tahun Baru 2017
2017 dah??

Walaupun bukanlah tahun baru Islam, tapi memandangkan sistem kita kat Malaysia ni, ikut sistem kebaratan. So, kalau ikut calendar Masihi, kita baru je masuk tahun baru dalam 5 hari yang lepas.

Aih, dah 5 hari baru nak update pasal harapan. Bukan taknak update sebenarnya tapi terlalu sibuk memandangkan sekarang aku final year, dan sedang gigih menyiapkan tesis. *Alasan! *Nangis tepi tingkap sorang-sorang…😟😭

Sebenarnya kaan… aku dah malas nak ada azam, harapan, impian tahun baru ni. Sebab selalunya memang tak tercapai. Ahahaha…. *Sediih…

Tapi, tak boleh la macam tu kan. Azam dan harapan ni kena lah ada. Kalau takde, kita tak nampak apa yang kita nak. Bila tak nampak, kita takkan berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak tu.

Pernah dengar tak pepatah yang mengatakan:
“Kalau kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal”

So, rancanglah apa yang korang nak pada tahun ni..
Mesti ada apa yang kita nak capai tahun ni kan..
So, catat dan tengok hari-hari..
Bila kita tengok hari-hari, kita akan baca dan sebut dalam hati.
Dan inshaaAllah ia boleh menjadi doa.

Selamat merancang!
Selamat Tahun Baru!
Stay Happy!
Stay Healthy!

Spread your love!

exam

Peperiksaan Online SPA

19:35

Siap sedia untuk Peperiksaan Online SPA

Doakan huda dapat jawab dengan baik dan line tak buat masalah.

Peperiksaan tu pada 6 Disember 2016 ni dah. Tapi tak habis lagi study.
Sebenarnya nak study apa pun tak tau.
Any idea guys? Macam mana soalannya.

Yang huda tau hanyalah..
Ada 3 bahagian.

1) Bahagian pertama: Psikometrik
2) Bahagian kedua: Pengetahuan am
3) Bahagian ketiga: Daya menyelesaikan masalah

Apa yang patut huda ready untuk peperiksaan ni ya? hmm...




Exam SPA
Exam SPA Online








I'm Blogger Pantai Timur


Followers

Total Pageviews

Google+ Badge