Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, 1 December 2016

Soalan Peperiksaan SPA

Sekarang musim peperiksaan SPA bagi kebanyakan jawatan kan. Tak pasti la kalau huda sorang je yang perasan. Hikss. Peperiksaan SPA sekarang sudah upgrade, jawab online je. Tak perlu nak kena hadir ke mana-mana. Bagus la tu kan, memudahkan semua orang. Cuma yang payahnya kalau line tak stable. Aishh, kalau line teruk.. memang betul-betul menguji kesabaran la.

Okay, huda taknak berleter panjang-panjang. Harini huda nak share sikit berkisar tentang pembahagian soalan bagi peperiksaan SPA. Kebiasaannya ujian tu merangkumi 3 bahagian, iaitu:
i)                    Psikometrik
ii)                  Pengetahuan am
iii)                 Daya menyelesaikan masalah

Bagi yang tak tau atau kurang pasti ujian psikometrik tu macam mana, ni huda share sikit apa yang huda tahu dan faham. Nama psiko tu macam dah seram kan. Ngeh3x..

Ujian Psikometrik ni adalah ujian untuk menguji pandangan kita terhadap sesuatu topik. Ianya adalah untuk mengetahui bagaimana personaliti kita. Nak tengok sejauh mana personaliti kita. Nak menilai tahap leadership kita, bekerja dalam kumpulan macam mana, jujur ke tidak. Haa.. macam tula lebih kurang. Selalunya ianya dijawab dengan dua pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak.

Pengetahuan am pula adalah pengetahuan am mengenai Malaysia, alam sekeliling dan jawatan yang dipohon. Jadi... korang kena tahu lah apa yang patut, perkembangan malaysia sekarang, projek-projek kerajaan, sejarah dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelesaian masalah pula adalah soalan yang menghendaki kita selesaikan masalah la, tentang kira-kira iaitu matematik (matematik ikut atas jawatan, tinggi jawatan tinggi la matematik nya). Bahagian ini mungkin mempunyai pecahan topik seperti kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan konsep-konsep matematik. Gunakanlah segala pengetahuan yang ada, gunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Exam SPA
Kertas peperiksaan online

Kepada yang akan menghadapi peperiksaan SPA, huda ucapkan selamat maju jaya, semoga dipermudahkan menjawab. Selamat menjawab dengan baik!




Wednesday, 11 February 2015

Cara draftkan Post Instagram

  السلام عليكم
Hii semua.. Bercakap pasal instagram, saya pasti ramai antara kita yang ada akaun instagram kan (pelik pulak rasanya sebut akaun, macam akaun bank pulak. hihi. Abaikan). Yela, dunia semakin canggih, media sosial pun makin laris la. Orang ada, kita pun nak ada jugak, tak nak ketinggalan langsung. Sampai semua media sosial nak kena ada, facebook, twitter, friendster, instagram, blog, vlog, haa apa lagi.. banyak sangat daa. Tak menang tangan nak layan semua. Macam mana orang yang ada semua-semua ni bahagikan masa ye, terfikir la jugak. hihi.

Ok, dah. Stop MEMBEBEL. Straight to the point. Bebel panjang-panjang pun, macam la ade orang nak dengar kan. Hoho..

Haa, korang pernah tak terfikir, nak post gambar kat instagram, nak taip-taip captionnya dulu, tapi taknak post lagi. Tapi disebabkan TAK ADA draft post kat instagram macam kat blogger ni, jadi terpaksa la post jugak. Atau sampai sudah tak jadi postnya kan. Huhu.  

JANGAN RISAU… Meh saya nak share something. Tapi mungkin awak-awak semua dah tau kan. Takpelah, saya nak share jugak, mungkin ada yang tak tahu. 

Cara simpan post instagram
Ni la applicationnya, boleh search di Play Store, taip jer 'TAKEOFF'
Dengan application ni, awak-awak boleh la tetapkan masa bila nak postkan gambar-gambar kat Instagram tu. Untuk yang berbisnes, memang application ni sangat membantu. Haa, kerja pun jadi mudah kan..

Ok guys, tu je saya nak share setakat ni. Angkat kaki dulu… Selamat berinstagram ye semua.. hihi

p/s: semua benda ada pro and cons. 'takeoff' ni pun begitu jugak. Selamat menjelajah la ye. :)



Sunday, 8 February 2015

Blog Terbaik: Berjaya buat Hati Terikat

 Assalamualaikum w.b.t

Haii semua.. Tetiba saya rasa nak kongsi blog atau bahan bacaan saya di alam maya yang saya sangat suka baca dan tak pernah miss baca. Saya suka cara penulisan mereka ni. Memang hebat!

Peribadi
       {  NameeRoslan
       {  IrineNadia
       {  Ruby
       {  FatinLiyana

Info Blog
       {  HasrulHassan
       {  FirdausAzizi

Info Niaga
       {  MajalahNiaga

Decor / Organize
       {  IheartOrganizing

Masakan
       {  AzieKitchen
       {  DapurTanpaSempadan
       {  Masammanis

Travel
       {  TimeTravelAfif
       {  WargaAlam

Info Make up
       {  IniDiariNurul

(Ada lagi sebenarnya yang hebat2, best2, yang sememangnya AWESOME! Tapi saya lupa pulak, nanti dah ingat saya topup balik J )

Banyak ilmu yang saya dapat dari penulisan mereka ni, semoga kalian terus-terusan menyebarkan kebaikan. Terima kasih untuk segala perkongsian.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...