Showing posts with label feedback. Show all posts
Showing posts with label feedback. Show all posts

Monday, 9 January 2017

Skincare | Jeju Volcanic Lava Kecilkan Pori

Assalamualaikun dan hai semua!

Sebelum ni huda pernah share tentang Skincare yang berasal dari lava Pulau Jeju ni kat SINI.. Setakat ni pakai alhamdulillah, memang berpuas hati. =)

Kali ni huda nak share set lengkap skincare ni pulak. Jom tengok kat bawah..

Bahan utama bagi skincare untuk pori-pori ni adalah:

1. Lava gunung berapi Jeju
Lava yang cepat membeku dengan letusan gunung berapi di Gunung Halla 600 ribu tahun yang lalu. Waahh!! 😲

2. Jeju Sasa quelpaertensis, Jeju Akebia quinata, Jeju rumpai laut fusiforme

Jeju Sasa: Kaya dengan bahan-bahan tanin yang berfungsi mengetatkan liang pori
Jeju Akebia: Memberi kelembapan pada kulit dan membaiki tona kulit
Jeju Fusiforme: Kaya dengan mineral bagi mengekalkan kulit yang sihat dan licin, 

Cleansing Foam

Pencuci ni fungsinya untuk melindungi kulit kita dari pencemaran dan membersihkan pori-pori untuk menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi.
Yang rare tentang pencuci ni dari pencuci muka yang lain,
sebab kandungan dan bau dia. Unik sangat!. Ehehe..
Kandungan pencuci ni adalah dari abu gunung berapi Pulau Jeju.
Ia mampu mengawal sebum berlebihan dan membersihkan pori-pori. 

Scrub Foam

Scrub ni membantu untuk membuang sisa kotoran dan
sel-sel kulit mati pada muka kita. Hanya perlu gosok-gosok je pada muka,
nanti keluarlah segala daki dan kotoran tu dan akan rasa,
waahhhh.... Segarnya muka.
Baru rasa kulit bernafas. Ehehe..

Clay Mousse Pack

Pek mousse tanah liat dengan buih krim ni kaya dengan mineral dari lava gunung berapi Jeju. 
Ianya boleh membuang kekotoran dalam liang tanpa sebarang rasa regangan pada kulit dan melembapkan kulit.

Cara gunanya mudah jer..
1. Picit jumlah yang sesuai untuk saiz muka kita. Kemudia sapu pada muka dengan lembut. Tapi Awas! jangan kena mata. Elakkan kawasan mata ye.
2. Biarkan selama 10 - 15 minit dan basuh menggunakan air suam sambil lakukan urutan pada muka.
3. Gunakan 1 - 2 kali seminggu untuk kulit normal dan kering. Kalau kulit berminya, boleh digunakan setiap hari.

Mud Pack

Lumpur ni berperanan menyerap sebum dengan kuat dan mengetatkan pori

 Cara pakainya..
1) Sapu pada kawasan muka
2) Tunggu sehingga kering
3) Basuh

Toner

Toner ni berperanan mengawal sebum bagi menghasilkan kulit yang licin
dan lembut, tak berminyak.
*Toner ni sangat penting dalam mengecil dan merapatkan pori.
Boleh dikatakan, ia wajib dipakai. hehe

Cara guna toner ni pun senang je..
1) Goncang sebelum digunakan agar sebati dan tiada mendakan
2) Picit sedikit pada tapak tangan
3) Sapu dan tepuk-tepuk manja pada muka

Peel Off Clay Nose Mask

Nama pun nose mask, mestilah pakai kat hidung kan. Ehehe..
Tapi sebenarnya boleh je pakai kat kawasan muka yang lain,
contohnya bawah dagu. hehe..

Mask hidung ni pun bersumberkan tanah liat dari Pulau Jeju. Ia berperanan dalam mengawal sebum berlebihan dan membersihkan segala pori.
Mask ni boleh buat muka kita jadi bersih berkilat.
Whiteheads dan blackheads pun boleh hilang tau.. 

Essence

Penerangan:
Essence ni pulak berperanan dalam mengawal muka kita dari berminyak
dan mengetatkan pori-pori hingga tidak kelihatan.
  
Cara gunyanya...
1) Selepas menggunakan toner, picit sedikit dan sapu pada muka
2) Urut dengan lembut ke seluruh muka.
3) Tepuk muka dengan tapak tangan anda untuk membantu penyerapan.

Nose Strip

Nose strip ni berperanan untuk membuang sebum, kekotoran, bintik hitam,
dan kotoran dalam pori pada kawasan hidung

Mana nak dapat ni?
Senang je, takyah susah-susah pergi ke Pulau Jeju.. hehe
Korang boleh cari di kedai The Face Shop atau boleh beli secara online di SINI

Sunday, 8 January 2017

Skin Care Kecilkan Pori

Assalamualaikum dan hai semua!

Suka tak tengok muka orang yang licin, flawless, moist, takde jerawat, pori-pori tertutup rapat je..? Mestilah suka kan.. kalau tak suka, awak tipu. Hahaha.. Sebab fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik. Kalau pilih baju, kasut, tudung, periuk belanga, jam dan sebagainya… mesti nak semua tu elok, takde kemek-kemek, takde cela kan.. yelah, sebab nak pakai lama kan.

Samalah jugak dengan muka kita. Selalunya kita akan rasa insecure bila berhadapan dengan orang yang kulitnya mak aih peloless nyaaa…😤 Macam kulit bayi. Tau kan macam mana kulit bayi? Kalau tak tau, gi cari baby memana tengok macam mana kulit diorang. Lembut, licin, gebu ngat aih.. muehehe…😁

Okay-okay.. melalut pulak aku ni..

Sebenarnya, huda nak share pasal skincare yang huda pakai ni. Sangat-sangat BAIK! Lama dah cari.. baru jumpa skincare yang sesuai untuk masalah kulit muka macam huda ni… berlobang-lobang haa.. alah, berlobang tu sebenarnya liang pori terbuka seluas alam. Haha..

Orang kata dan berdasarkan pemerhatian huda la.. liang pori terbuka luas ni selalu terjadi kepada mereka yang mengalami masalah jerawat. Dulu huda memang banyak jerawat kat muka.. sampai malu nak bergambar. Serius malu. Sudahnya memang takde la gambar masa muka teruk berjerawat tu.. bila kenangkan balik, macam rugi la pulak takde gambar, kalau tak, boleh buat throwback. Muehehehe…

So, sekarang walaupun jerawat dah tak berani jejakkan kaki kat muka ni, muka huda still ada pori-pori yang terbuka teramatlah luas. Nak kena tepek bedak, foundation bape inci dulu baru boleh cover lobang tuh.. Fuuh! Leceh..


Sebenarnya huda dah taknak cover-cover ni, sebab tak suka sangat pakai tebal-tebal kat muka. So, huda carilah skincare yang boleh mengecilkan liang pori ni, yang boleh merapatkan lobang-lobang tu. Dan akhirnyaaa… huda jumpa ni.. produk dari THE FACE SHOP. Berbaloi sangat beli. Tak rasa rugi langsung.

Skin Care Kecilkan Pori
Ni lah Skin Care tu, Terbang jauh dari Korea
Namanya JEJU VOLCANIC LAVA

Khusus untuk masalah pori-pori


Kalau ikutkan set lengkap dia, ada banyak jugak. Ada 8 item semua untuk satu set lengkap.

Dalam satu set lengkap tu, ada:

1) Cleansing Foam
2) Scrub Foam
3) Pore Toner
4) Mud Pack
5) Essence
6) Peel Off Clay Nose Mask
7) Clay Mousse Pack
8) Ash Nose Strip

Tapi huda hanya pakai 2 item je.. huda pakai cleansing foam dan toner je. Pakai 2 ni je pun dah boleh nampak hasilnya.. kalau pakai semua, mestilah lagi berganda baiknya kan.. hehe

Jeju Volcanic Lava Kecilkan Pori
Ni Pencuci Muka

Apa yang menariknya produk ni sebab ianya khusus untuk pori.. Payah nak cari yang betul-betul khusus untuk masalah kulit kita. Pencuci muka ni memainkan peranan dalam mengawal sebum berlebihan, membersihkan liang pori dan mengecilkan pori-pori yang ada. Baunyaa.. hmmm... bau lava.. unik sangat baunya.. *eh, macam la pernah bau lava.. haha

Jeju Volcanic Lava Kecilkan Pori
Ini pulak tonernya
Toner ni senang je pakainya. Tak perlu pakai kapas pun. Hanya perlu picit kat tapak tangan dan tepuk-tepuk manja pada muka. Haa.. dan terasa kesegarannya.. hihi.. Pakai mesti konsisten ye.. Kenalah rajin kalau nak lawa kan.. muehehe..

Ramai yang dah tegur, kulit huda nampak lagi halus, lembap dan liang pori hampir tak kelihatan.. berbunga-bunga jap hati ni. Kihkihkih..


Dah-dah.. melebih pulak puji kan. haha

Cuba jangan tak cuba. Lepas cuba jangan lupa bagi feedback,tinggalkan komen ye.. hihi

Terima kasih.

Sebarkan senyuman. Awak manis sangat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...