About Me

owner blog
Ini lah saya, penulis blog ikut suka hati ni.


Assalamualaikum

Hai! Selamat datang ke teratak hati soobeey. Selamat berkenalan. Boleh panggil saya sobi atau huda. Dua2 ni nama panggilan saya.

Sobi adalah nama glamour masa zaman2 sekolah dulu. Glamour la sangat. Walhal, hakikatnya orang tak kenal pun. Tak pernah sedar pun kot kewujudanku. Haha. Ada juga yang panggil saya ‘B’ saja. Kononnya nama manja la (Tapi yang rapat2 dengan saya je la panggil macam ni).

Ok. Huda pula nama panggilan semasa saya menjejakkan kaki ke alam menara gading. Start pada tu, takde dah yang panggil saya dengan panggilan sobi. Bagus jugak tu. Panggil nama huda lagi elok sebenarnya, baru la ada maksud. Nampak la matang sikit kan.

Tapi kenapa nama blog ni soobeey juga? Ni namanya nak mengimbau zaman kegemilangan dulu2. Mengarut semuanya. Jangan percaya. Hakikatnya tak pernah gemilang pun.Hoho. Pelik je kan bunyinya sobi. Nampak macam unik la. Tapi tak pun sebenarnya.

Sobi = Soobeey = So be……. Healthy, beauty, smart, good person, hardworking, good daughter. Haa.. Apa2 je la. Korang doakan je la yang baik2 untuk saya ye. Thank you.

I’m just 20+ something now. Tak muda sangat dah la. And always a daughter to my parents. Belum ada tanggungjawab sebagai isteri lagi. Sebab saya tak nikah lagi. Still single. Hanya memohon yang terbaik untuk diri, keluarga (terutamanya my parents) dan agama. Dan berharap saya akan jadi yang terbaik untuk zauji (suami saya) nanti. InshaAllah..

Sekarang saya masih lagi gigih menuntut ilmu. Walaupun kanan, kiri, belakang, depan saya, most of them dah kerja, kahwin, beranak pinak. Oohh. Ini pengorbanan saya untuk king and queen of my heart (my parents). Hihi. Macam gigih la sangat bunyinya kan. Mengarut je semua ni. Hoho. Doakan saya berjaya dalam bidang yang diceburi. Bagi saya, keluarga adalah segala-galanya.

Saya suka membuat koleksi buku. Segala jenis buku. Kalau masuk library atau kedai buku, macam.. waaaahhh… indahnya syurga dunia.. Tapi kumpul je la. Nak baca tu, mengambil masa. Hum, I need my own library la nanti. (berangan). Hihi.

Dan.. yang terakhir, enjoy your reading. Semoga korang dapat sesuatu yang bermanfaat dari blog yang tak seberapa ni. Penulis yang baru nak bertatih. Mohon tunjuk ajar.  Thank you. J      

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...