Terbang Bersama Malaysia Airlines

02:03

Assalamualaikum...

Hai Semua, jom terbang bersama Malaysia Airlines! Apa itu Malaysia Airlines?? Malaysia Airlines adalah sebuah sistem penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan penerbangan antara negeri di seluruh Malaysia dan luar negara. Kenapa saya kata penerbangan Malaysia Airlines ni hebat? Sebab banyak sangat keistimewaan yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines ni. Kalau korang nak tahu, teruskan membaca ye! Kalau tak baca sampai habis, korang semua la yang rugi nanti.. heheheh. Kalau korang nak tahu, Malaysia Airlines dan rakan kongsinya menawarkan perjalanan ke lebih 1,000 destinasi di lebih 150 buah negara. Wahhh...! Banyaknya kan…

Sebagai info untuk korang, Malaysia Airlines ini menawarkan tiga jenis kelas penerbangan kepada kita, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama.
  1. Kelas Ekonomi: Merupakan satu Favourite Spot yang membolehkan korang menempah mana-mana tempat duduk yang korang nak dan korang suka. Kalau korang nak tahu, perkhidmatan Favourite Spot ni hanya tersedia untuk tempahan dalam talian sahaja okay. Bukan itu sahaja, korang juga boleh memilih tempat duduk yang korang nak secara percuma dalam tempoh 48 jam sebelum waktu berlepas, di bahagian daftar masuk dalam laman web rasmi Malaysia Airlines. Untuk Kelas Ekonomi, ia terbahagi kepada dua jenis tau iaitu tempat duduk Premium dan tempat duduk Standard. Tempat duduk Premium ni terletak di barisan depan yang dekat dengan pintu kecemasan, manakala yang selebihnya pula ialah tempat duduk Standard. Penumpang yang memilih Kelas Ekonomi akan merasai pengalaman penerbangan yang menarik dan selesa dengan ruang letak kaki tambahan serta peruntukan bagasi 30 kg dan hiburan sepanjang penerbangan korang nanti. Selain itu, penerbangan Kelas Ekonomi juga menawarkan sehingga 20 jenis pilihan hidangan istimewa untuk para penumpangnya dimana korang hanya perlu menempah dan mengesahkan pilihan hidangan korang selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu berlepas menerusi proses tempahan dalam talian, Pusat Panggilan Pelanggan Global, pejabat tempahan dan pembelian tiket atau ejen pelancongan. Menarik kan... hehe

  1. Kelas Perniagaan: Kelas Seat yang kedua pula ialah Kelas Perniagaan yang mana ruang tempat duduk lebih luas berbanding Kelas Ekonomi dan seat tu boleh dicondongkan sehingga 180 darjah. Waahh! Hehehe fuhh memang selesa la cerita dia kan. Kalau korang pilih seat ni, korang akan dapat menikmati perjalanan penerbangan korang dengan keselesaan yang maksimum. Bukan tu saja,  dalam kelas ini juga dilengkapi dengan hiburan dalam penerbangan dan korang juga boleh tengok pelbagai jenis cerita, program siri televisyen, saluran radio, permainan dan e-pembelajaran. Fuhh!! banyak nyaaa..hehhee. Selain keistimewaan semasa daftar masuk, semua penumpang Kelas Perniagaan layak mendapat peruntukan dua bagasi yang berdaftar dengan berat sehingga 40 kg tau.. Haa angkut la apa yang korang nak angkut nanti! Untuk pengetahuan korang juga ye, Kelas Perniagaan juga akan mendapat akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines. Kat situ, korang boleh mandi, mendapatkan minuman atau menyiapkan urusan kerja dengan menggunakan WiFi secara percuma sementara korang menunggu penerbangan seterusnya.

  1. Kelas Pertama: Kelas Seat yang ketiga pula iaitu dikenali dengan Kelas Pertama, korang berpeluang untuk menikmati perkhidmatan ruang istirehat yang sangat istimewa yang disediakan oleh Malaysia Airlines. Sama macam Kelas Perniagaan, kalau korang naik Kelas Pertama, korang juga boleh menunggu waktu memasuki pesawat dengan merehatkan diri di ruang isitirahat yang eksklusif iaitu di Golden Lounge. Sebaik je korang menjejakkan kaki dalam pesawat, korang boleh duduk dengan penuh selesa di tempat duduk yang dah tersedia yang mana mempunyai ruang letak kaki yang luas serta tempat duduk yang boleh dicondongkan sehingga 180 darjah. Fuh! memang lena la korang dalam flight sepanjang perjalanan nanti.. silap-silap boleh pakej berdengkur sekali. hahaha.. Lena sangat kan.. hehe. Nak lagi selesa dan seronok dalam penerbangan korang tu kan, korang juga boleh menikmati filem terkini, program siri televisyen, permainan dan muzik sepanjang penerbangan. Jadi, tak ada la korang bosan sangat.

Penerbangan Malaysia Airlines

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak cerita, tapi nanti tak surprise la kan. Korang survey la sendiri ye di website Traveloka. Sebab di situ korang boleh survey harga tiket dan book tiket korang secara online dan bayar pun boleh dibuat secara online mudah jer kan. Semuanya di hujung jari.
So, let’s find malaysia airlines on apps Traveloka sekarang!!

You Might Also Like

10 comments

  1. lamanyaaa tak fly dengan MAS.. makin mahal harga tiketnya. tapi nak jenguk2 la Traveloka mana tahu ada yang menarik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenguk jangan tak jenguk. kang rugi pulak nanti. hehe

      Delete
  2. CR tak pernah lagi merasa naik flight.

    ReplyDelete
  3. Menarik tu.. Nanti boleh usha traveloka

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi naik kapal terbang.. Camne lah rasanya yek.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket murah murah nanti boleh la book. hehe.. tak jauh, dalam malaysia pun jadi la.. :)

      Delete
  5. Akak sampai sekarang masih belum dapat terbang ke mana-mana lagi.. Insha Allah satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin.. inshaaAllah kak, satu hari nanti.. moga dipermudahkan. hehe

      Delete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.