Lagu Arab Best

22:25

Assalamualaikum

Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja, dan selamat belajar bagi yang sedang belajar. Selamat la semuanya ye.. J

Memandangkan saya pernah post pasal tips nak pandai bahasa asing sebelum ni kan, so saya bukan cakap kosong ye, saya buat apa yang saya bagitau tu. Dan sekarang saya juga dalam proses nak belajar bahasa Arab. Memang la dah ada basic arab, tapi tak cukup laa. Saya nak, fasih bertutur dalam bahasa Arab.

Jadi, salah satu caranya adalah tengok cerita2 kartun Arab dan dengar lagu2 Arab. Dengar lagu, tengok lirik dan fahamkan. Tak faham? Cari makna sampai faham. Dengar cara sebutan setiap perkataannya. Dan ikut sebut sekali. Senang je kan..?

Sekarang, saya asyik duk ulang2 lagu ni jer. Memang best!
Apa yang best? Humm.. Saya sukakan rentak lagu tu, tidaklah terlalu rancak, dan tidaklah terlalu slow sampai boleh buat orang tertidur. Daaann yang LAGI BEST… Liriknya.. sangat mendalam maksudnya..

Jom dengar lagu ni.. Klik link di bawah..

Lagu Arab Best

Lirik lagu la la
Ni lah rupa penyanyi nya Humood Alkhudher

Best kan?

Ok, sekarang jom tengok liriknya pulak. Hayati maksudnya.. 

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti ia akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

So, kenapa kita perlu tiru-meniru perwatakan orang lain, jadi lah diri sendiri selagi yang kita buat itu, adalah sesuatu yang baik. Pedulikan apa yang orang nak kata tentang kita. Dan, ingat.. kecantikan sebenar adalah datang dari hati. :)

Ohh.. indahnya ISLAM... <3




You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.