Gigitan Makhlus Halus

02:41

Sedari kecil lagi, aku memang selalu kena kacau dengan makhluk halus. Mak aku cakap dia memang suka aku.. Fall in love dengan aku. Merah merah satu badan tiap kali kena tu. Selalu sangat, orang lain duduk elok je takde kena apa pun. Tapi aku, merah merah badan dibuatnya kena gigit dengan makhluk halus tu. 

Tak.. bukan makhluk halus yang tu..

Makhluk halus yang berkaki 6 tu la.. Nyamuk. Manis sangat agaknya darah I ni. huhu.


Tapi makhluk halus yang korang fikirkan tadi tu pernah kena juga.


Selalunya kalau kena gigit nyamuk ni, aku sapu balm atau minyak angin je. Walaupun takde la menjadi sangat. Tapi takde lah gigih nak pergi cari ubat gigitan serangga ke apa. Alah, nyamuk je kot. Nanti nanti hilang la kan..

So, kalau masuk 7eleven, Guardian, Watsons atau mana-mana kedai la.. Selalu je nampak ubat gigitan nyamuk.. Contohnya Mopiko. Terang terang ada gambar nyamuk kat bekas dia tu.. Dah tau selalu kena gigit nyamuk, tapi langsung tak hirau nak beli.

Aku punya la berlagak tu entah kenapa la.. Tiap kali nampak Mopiko, aku mesti pandang sebelah mata je.. atau buat buat tak nampak. ish ish ish.. Mungkin sebab gambar nyamuk pada bekas mopiko tu macam kartun. So, aku tak berapa nak percaya ubat tu berkesan. Apa lah salah Mopiko si ubat nyamuk ni. Kesian dia.

Tapi kali ni special kes. Yang pastinya merah merah pada badan aku ni, bukan angkara gigitan nyamuk. Satu badan timbul biji biji merah dan tersangat la gatal. Dan aku sangat memerlukan ubat yang boleh mengurangkan kegatalan ni. So, pergi lah 7eleven.. Macam biasa, akan nampak mopiko.

Tapi aku buat buat tak nampak lagi. Cari ubat gatal lain...
Yang harunya, memang takde ubat lain. huhu. Yang ada hanya mopiko. Terpaksa lah rendahkan ego, capai satu mopiko dan bayar di kaunter. Sekali cashier bagitau harga. Punyalah terkejut. Mahal benor ubat nyamuk ni. Dalam RM15 macam tu. 

Haa, dia dah datang balik rasa tak puas hati dan pandang lekeh kat ubat tu. "Mahalnya ubat ni, ubat ntah pape la ni". Tapi dah terbeli dan keadaan terdesak nak pakai.. Terpaksa lah jugak.

Sudah beli tu, buka kotak. Dan keluarkan ubatnya. Tapi mulut ni duk bising lagi. "Besar ni harga macam tu. Dahlah ubat nyamuk je".

Sekali buka penutupnya, cuba la bau. Eh, sedap pulak baunya. Berangin pulak tu. Cepat cepat sapu kat tempat merah merah tu sebab dah tak tahan gatal. Masa sapu tu.. saat ubat tu bersentuhan dengan kulit... "aaaahh.... leganya rasa.... lega sangat sangat" (hanya orang yang selalu kegatalan je tau macam mana rasa leganya)

Jujur aku cakap, memang mopiko ni boleh hilangkan kegatalan. Aku pulak yang dah fall in love dengan mopiko ni. Maaf ye, sebelum ni aku pandang kau sebelah mata je. Mulai saat ini, aku akan bawa kau ke mana mana je aku pergi.. Terima kasih melegakan kesakitan aku ni. Sayang awak sangat!

Betul la orang kata, "Don't judge a book by its cover". Sekarang aku faham...
Don't judge Mopiko by it's cover. hikss..

Oh ye.. Macam aku pernah cerita dalam post sebelum ni pasal EKZEMA, kulit aku memang triggered dengan tilam atau cadar. Tilam atau cadar yang mungkin berhama. So, aku rasa mungkin disebabkan tu lah badan aku merah merah kegatalan ni. 

Bila dah kena tu, semuanya lah aku akan basuh dengan air panas. Nak bagi mati semua hama dan telur telur nya. huhu. Banyak kerja jadinya.


Mopiko
Kesukaan sekarang
Ini maknanya.. Mopiko bukan sekadar untuk melegakan gigitan nyamuk, walaupun gambarnya nyamuk. Tapi Mopiko mampu melegakan segala kegatalan gigitan serangga (termasuklah hama). Kalau lenguh lenguh, sakit sakit otot pun boleh sapu mopiko ni. Sebab berangin dia tu, memang sangat LEGA!

Duk tilik tilik kotak mopiko ni, baru tau Mopiko made in Japan. Jauh terbang sampai ke Malaysia. Suka hati aku je nak pandang sebelah mata. Maaf ye.. Menyesal. So, dengan ini aku sangat sangat cadangkan mopiko ni untuk segala gigitan serangga, kegatalan dan sakit otot. Tidur sebelah mopiko malam ni. hikss. Terima kasih. 

You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.