Skin Care Kecilkan Pori

22:04

Assalamualaikum dan hai semua!

Suka tak tengok muka orang yang licin, flawless, moist, takde jerawat, pori-pori tertutup rapat je..? Mestilah suka kan.. kalau tak suka, awak tipu. Hahaha.. Sebab fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik. Kalau pilih baju, kasut, tudung, periuk belanga, jam dan sebagainya… mesti nak semua tu elok, takde kemek-kemek, takde cela kan.. yelah, sebab nak pakai lama kan.

Samalah jugak dengan muka kita. Selalunya kita akan rasa insecure bila berhadapan dengan orang yang kulitnya mak aih peloless nyaaa…😤 Macam kulit bayi. Tau kan macam mana kulit bayi? Kalau tak tau, gi cari baby memana tengok macam mana kulit diorang. Lembut, licin, gebu ngat aih.. muehehe…😁

Okay-okay.. melalut pulak aku ni..

Sebenarnya, huda nak share pasal skincare yang huda pakai ni. Sangat-sangat BAIK! Lama dah cari.. baru jumpa skincare yang sesuai untuk masalah kulit muka macam huda ni… berlobang-lobang haa.. alah, berlobang tu sebenarnya liang pori terbuka seluas alam. Haha..

Orang kata dan berdasarkan pemerhatian huda la.. liang pori terbuka luas ni selalu terjadi kepada mereka yang mengalami masalah jerawat. Dulu huda memang banyak jerawat kat muka.. sampai malu nak bergambar. Serius malu. Sudahnya memang takde la gambar masa muka teruk berjerawat tu.. bila kenangkan balik, macam rugi la pulak takde gambar, kalau tak, boleh buat throwback. Muehehehe…

So, sekarang walaupun jerawat dah tak berani jejakkan kaki kat muka ni, muka huda still ada pori-pori yang terbuka teramatlah luas. Nak kena tepek bedak, foundation bape inci dulu baru boleh cover lobang tuh.. Fuuh! Leceh..


Sebenarnya huda dah taknak cover-cover ni, sebab tak suka sangat pakai tebal-tebal kat muka. So, huda carilah skincare yang boleh mengecilkan liang pori ni, yang boleh merapatkan lobang-lobang tu. Dan akhirnyaaa… huda jumpa ni.. produk dari THE FACE SHOP. Berbaloi sangat beli. Tak rasa rugi langsung.

Skin Care Kecilkan Pori
Ni lah Skin Care tu, Terbang jauh dari Korea
Namanya JEJU VOLCANIC LAVA

Khusus untuk masalah pori-pori


Kalau ikutkan set lengkap dia, ada banyak jugak. Ada 8 item semua untuk satu set lengkap.

Dalam satu set lengkap tu, ada:

1) Cleansing Foam
2) Scrub Foam
3) Pore Toner
4) Mud Pack
5) Essence
6) Peel Off Clay Nose Mask
7) Clay Mousse Pack
8) Ash Nose Strip

Tapi huda hanya pakai 2 item je.. huda pakai cleansing foam dan toner je. Pakai 2 ni je pun dah boleh nampak hasilnya.. kalau pakai semua, mestilah lagi berganda baiknya kan.. hehe

Jeju Volcanic Lava Kecilkan Pori
Ni Pencuci Muka

Apa yang menariknya produk ni sebab ianya khusus untuk pori.. Payah nak cari yang betul-betul khusus untuk masalah kulit kita. Pencuci muka ni memainkan peranan dalam mengawal sebum berlebihan, membersihkan liang pori dan mengecilkan pori-pori yang ada. Baunyaa.. hmmm... bau lava.. unik sangat baunya.. *eh, macam la pernah bau lava.. haha

Jeju Volcanic Lava Kecilkan Pori
Ini pulak tonernya
Toner ni senang je pakainya. Tak perlu pakai kapas pun. Hanya perlu picit kat tapak tangan dan tepuk-tepuk manja pada muka. Haa.. dan terasa kesegarannya.. hihi.. Pakai mesti konsisten ye.. Kenalah rajin kalau nak lawa kan.. muehehe..

Ramai yang dah tegur, kulit huda nampak lagi halus, lembap dan liang pori hampir tak kelihatan.. berbunga-bunga jap hati ni. Kihkihkih..


Dah-dah.. melebih pulak puji kan. haha

Cuba jangan tak cuba. Lepas cuba jangan lupa bagi feedback,tinggalkan komen ye.. hihi

Terima kasih.

Sebarkan senyuman. Awak manis sangat!

You Might Also Like

4 comments

  1. Nice sharing sis. Boleh cuba lps nie

    ReplyDelete
  2. Samalaa masalah kulit kita. Jerawat alhamdulillah dah hilang dah. Kalau ada pun segan2 nak singgah. Pori ni jd masalah pulak. Kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. oouh.. tulah.. selalunya kalau pernah ada jerawat teruk, selalunya memang ada masalah pori.. hee

      Delete

I'm Blogger Pantai Timur


Followers

Total Pageviews

Google+ Badge