Instagram

Sunday, 17 September 2017

Peraduan Nescafe - Hadiah 1 Malam Penginapan di Genting

Korang peminat tegar coffee?
Korang suka minum Nescafe?

Jom minum Nescafe & Menang. Kembalikan kesegaran anda dengan Nescafe.. 

Ceyh, ayat iklan sangat


Nescafe Malaysia

Nescafe sentiasa jadi peneman kebanyakan pelajar untuk berjaga malam, betul tak?
Minuman Nescafe bukan saja digemari oleh pelajar, malah golongan yang sukakan coffee. Nak angkat bagi tetamu minum pun takde hal lah..

Sebab rasa Nescafe sangat sedap!
Ada banyak pilihan rasa pulak tu.. Bukan rasa je banyak pilihan tapi jenis packaging nya pun banyak. Ada dalam tin, pek 3 in 1, kotak, pek isi semula dan botol. Sangat mudah.

Oh ye.. kalau korang nak tau, sekarang ada peraduan Nescafe tau.. Peraduan Jom Whatsapp & Menang/Peraduan Jom Nescafe. Jom sertai!

Kalau korang cari peraduan ni di laman web Nescafe memang takde la ye.. Sebab peraduan ni anjuran Nestle Product Sdn. Bhd dan WorldCard Services Sdn. Bhd.

Link maklumat lanjut tentang peraduan ni ada di penghujung post

Ni I share maklumat peraduan untuk tatapan dan penyertaan korang.

Peraduan Nescafe Jom Whatsapp & Menang
Peraduan Nescafe Jom Whatsapp & Menang di 7Eleven

Nama Peraduan
Jom Whatsapp & Menang


Tempoh Peraduan
Bermula dari 4/09/2017 pada “00:00:001” hingga 29/09/2017 pada “23:59:59”

Cara-cara Penyertaan
  1. Beli 1 produk sedia minum NESCAFÉ tin/PET/UHT dari mana-mana kedai 7Eleven di dalam 1 resit rasmi.
  2. Ambil gambar muka depan resit pembelian
  3. Whatsapp - Gambar resit, Nama Penuh dan No. MyKad ke 017 8868 506
  4. Link untuk menjadi ahli Genting Rewards akan dihantar ke telefon bimbit anda. Sila isi butiran yang diperlukan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.
Pesanan
Simpan resit rasmi asal untuk dikemukakan semasa penebusan hadiah-hadiah.


Hadiah-hadiah
  • Hadiah Utama untuk 5 Pemenang Bertuah
          Kad Hadiah Petronas bernilai RM10,000

  • Hadiah Mingguan untuk 200 Pemenang bertuah setiap minggu (selama 8 minggu)
          Penginapan 1 malam di Y5 Deluxe Room, First World Hotel

First World Hotel, Genting
First World Hotel, Genting

Nota
  • Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan
  • Peserta-peserta layak memenangi 1 Hadiah Mingguan dan 1 Hadiah Istimewa sahaja sepanjang Tempoh Peraduan
  • Pemenang akan diberitahu melalui WAM atau telefon. Senarai pemenang-pemenang juga akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my].
  • Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempohnya



"Jom, minum kopi?"

"Jom menang!"


Selamat Maju Jaya!

Gigitan Makhlus Halus

Sedari kecil lagi, I memang selalu kena kacau dengan makhluk halus. Mak I cakap dia memang suka I.. Fall in love dengan I. Merah merah satu badan tiap kali kena gigit. Selalu sangat, orang lain duduk elok je takde kena apa pun. Tapi I, merah merah kena gigit dengan makhluk halus tu. 

Tak.. bukan makhluk halus yang tu..

Makhluk halus yang berkaki 6 tu la.. Nyamuk. Manis sangat agaknya darah I ni. huhu.


Tapi makhluk halus yang korang fikirkan tadi tu pernah kena juga.


Selalunya kalau kena gigit nyamuk ni, i sapu balm atau minyak angin je. Walaupun takde la menjadi sangat. Tapi takde lah gigih nak pergi cari ubat gigitan serangga ke apa. Alah, nyamuk je kot. Nanti nanti hilang la kan..

So, kalau masuk 7eleven, Guardian, Watsons atau mana-mana kedai la.. Selalu je nampak ubat gigitan nyamuk.. Contohnya Mopiko. Terang terang ada gambar nyamuk kat bekas dia tu.. Dah tau selalu kena gigit nyamuk, tapi langsung tak hirau nak beli.

I punya la berlagak tu entah kenapa la.. Tiap kali nampak Mopiko, I mesti pandang sebelah mata je.. atau buat buat tak nampak. ish ish ish.. Mungkin sebab gambar nyamuk pada bekas mopiko tu macam kartun. So, I tak berapa nak percaya ubat tu berkesan. Apa lah salah Mopiko si ubat nyamuk ni. Kesian dia.

nyamuk
Makhluk Halus yang dipanggil Nyamuk

Tapi kali ni special kes. Yang pastinya merah merah pada badan i ni, bukan angkara gigitan nyamuk. Satu badan timbul biji biji merah dan tersangat la gatal. Dan I sangat memerlukan ubat yang boleh mengurangkan kegatalan ni. So, masuk 7eleven.. Macam biasa, akan nampak mopiko. Tapi I buat buat tak nampak lagi. Cari ubat gatal lain...
Yang harunya, memang takde ubat lain. huhu. Yang ada hanya mopiko. Terpaksa lah I rendahkan ego, capai satu mopiko dan bayar di kaunter. Sekali cashier bagitau harga. Punyalah terkejut I. Mahal benor ubat nyamuk ni. Dalam RM15 macam tu. 

Haa, dia dah datang balik rasa tak puas hati dan pandang lekeh kat ubat tu. "Mahalnya ubat ni, ubat ntah pape la ni". Tapi dah terbeli dan keadaan terdesak nak pakai.. Terpaksa lah jugak.

Sudah beli tu, buka kotak. Dan keluarkan ubatnya. Tapi mulut ni duk bising lagi. "Besar ni harga macam tu. Dahlah ubat nyamuk je".

Sekali buka penutupnya, cuba la bau. Eh, best baunya. Berangin pulak tu. Cepat cepat sapu kat tempat merah merah tu sebab dah tak tahan gatal. Masa sapu tu.. saat ubat tu bersentuhan dengan kulit... "aaaahh.... leganya rasa.... lega sangat sangat" (hanya orang yang selalu kegatalan je tau macam mana rasa leganya)

Jujur I cakap, memang mopiko ni boleh hilangkan kegatalan. I pulak yang dah fall in love dengan mopiko ni. Maaf ye, sebelum ni I pandang U sebelah mata. Mulai saat ini, I akan bawa u ke mana mana je I pergi.. Terima kasih melegakan kesakitan I. Sayang U sangat!

Betul la orang kata, "Don't judge a book by its cover'. Sekarang I faham...
Don't judge Mopiko by it's cover. hikss..

Oh ye.. tadi kan I cakap special kes. Macam I pernah cerita dalam post sebelum ni pasal EKZEMA, kulit I memang triggered dengan tilam atau cadar. Tilam atau cadar yang mungkin berhama. So, I rasa mungkin disebabkan tu lah badan I merah merah kegatalan ni. Specialnya kerana bukan sebab nyamuk.

Bila dah kena tu, semuanya lah I akan basuh dengan air panas. Nak bagi mati semua hama dan telur telur nya. huhu. Banyak kerja jadinya.


Mopiko
My favorite sekarang
Ini maknanya.. Mopiko bukan sekadar untuk melegakan gigitan nyamuk, walaupun gambarnya nyamuk. Tapi Mopiko mampu melegakan segala kegatalan gigitan serangga (termasuklah hama). Kalau lenguh lenguh, sakit sakit otot pun boleh sapu mopiko ni. Sebab berangin dia tu, memang sangat best! dan melegakan.

Duk tilik tilik kotak mopiko ni, baru tau Mopiko made in Japan. Jauh terbang sampai ke Malaysia. Suka hati I je nak pandang sebelah mata. Sorry.. Menyesal. So, dengan ini I sangat sangat cadangkan mopiko ni untuk segala gigitan serangga, kegatalan dan sakit otot. Tidur sebelah mopiko malam ni. hikss. Terima kasih. 

Saturday, 16 September 2017

Girlfriend Aku dari Neraka

Memandangkan sekarang tengah berlangsung Girlfriend Aku dari Neraka The Series, I nak imbas balik telemovie Girlfriend Aku dari Neraka yang ditayangkan pada tahun 2015.

Disebabkan tajuknya Girlfriend Aku dari Neraka, I jadi tertarik nak tengok ceritanya. I jadi tertanya-tanya kenapa dari neraka. hmm.. dalam fikiran I masa tu fikir gf dia ni jahat sangat ke... atau teruk ke... ke kenapa. Kenapa dari neraka?

Tanpa membiarkan fikiran I berteka teki, I pun tengok la...
Kalau tak silap cerita tu berdurasi 1 jam 30 minit. Menampilkan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Sharifah Sakinah sebagai watak utama. Dibantu oleh pelakon pelakon lain seperti Ayda Jebat, Aidit, Sharifah Shahora dan lain-lain lagi.

Girlfriend Aku dari Neraka 2015
Girlfriend Aku dari Neraka 2015

Judul Telefilem:
Girlfriend Aku dari Neraka (2015)

Pengarah: Dira Abu Zahar
Penerbit: Michael Ang
Terbitan: Cube Film

Pelakon dan watak:

Aiman (Rudi)
Sharifah Sakinah (Lidya)
Sharifah Shahora ( Mak Rudi)
Ayda Jebat (Tasha, kawan Rudi)
Aidit (Mamat, kawan Rudi)

Sinopsis cerita Girlfriend Aku dari Neraka:

Alkisahnya tentang seorang jejaka yang bernama Rudi. Rudi adalah seorang playboy dan kerap bertukar-tukar girlfriend. Walaupun begitu, Rudi adalah seorang yang sangat memilih dan high taste dalam hal girlfriend ni. Ada piawaian atau syarat yang ditetapkan sebelum seseorang perempuan tu diambil sebagai girlfriendnya.

Syarat-syarat untuk menjadi girlfriend Rudi adalah:

  • cantik
  • kurang cerdik darinya
  • bergaya dan fashionista

Atau istilahnya perempuan yang bimbo. Dalam erti kata yang mudah faham, bimbo ni bermaksud cantik tapi kurang bijak.

Rudi ni nak gf yang kurang cerdik darinya sebab baginya yang cerdik pandai ni banyak menyusahkan kaum Adam. Dan yang bimbo ni lebih senang dijaga dan happy.

Dan kemudiannya dia jumpa lah gadis yang betul betul menepati citarasa dia tu iaitu Lidya. Lidya ni kawan Tasha yang baru balik dari London. So, Rudi memang tak pernah jumpa Lidya. Sekali jumpa, terus berkenan. Dan akhirnya diorang pun bercinta lah...

Sepanjang diorang bercinta tu, memang terselah bimbo girlfriend Rudi tu.. Sampai lah satu masa, Rudi dah tak boleh tahan dengan girlfriend dia sebab terlalu bimbo. Memanjang nak berkepit dengannya. Pastu macam terencat gitu. Perangai pun macam apa je.. Yelah sebab kurang cerdik kan.  tu yang jadi girlfriend dari neraka tu. haha.

Dan akhirnya dia menyesal memilih perempuan yang bimbo sebagai girlfriend..
Di akhir akhir cerita baru dia tahu, rupanya pertemuan dia dengan girlfried bimbo tu adalah rancangan maknya dan kawannya Tasha, semata mata nak ajar si Rudi ni yang ego tinggi melangit dan bagi dia rasa macam mana ada girlfriend bimbo.

...........

Sebenarnya Lidya tu tak bimbo pun. Elok je aih.. Lidya tu anak kepada kawan mak Rudi dan seorang pelakon. Memandangkan Lidya ni pelakon la, mak Rudi mintak Lidya ni berlakon jadi girlfriend yang bimbo kepada anaknya yang tak sedar diuntung dan tak hormat wanita tu.

Habis la ceritanya. Sekarang I nak layan cerita Girlfriend Aku dari Neraka The Series pulak. Pelakon utama dan wataknya masih sama. Cuma kawan kawan Rudi tu je pelakon lain pulak dalam edisi the series ni...

TAMAT....


Tapi I memang suka dengan lakonan Sharifah Sakinah. Memang menjadi. Alah, dia ni berlakon watak apa pun jadi. Dia pandai bawak watak. Lagi lagi kalau watak macam psiko, sesuai sangat dengan dia yang perangai macam gila gila gitu. hehe

Selamat menonton Girlfriend Aku dari Neraka The Series. 
Oh, kalau korang nak tengok yang versi telefilem yang tahun 2015 tu, boleh search je kat youtube. Ada kat situ..




Friday, 15 September 2017

Lagu Arab Best

Assalamualaikum

Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja, dan selamat belajar bagi yang sedang belajar. Selamat la semuanya ye.. J

Memandangkan saya pernah post pasal tips nak pandai bahasa asing sebelum ni kan, so saya bukan cakap kosong ye, saya buat apa yang saya bagitau tu. Dan sekarang saya juga dalam proses nak belajar bahasa Arab. Memang la dah ada basic arab, tapi tak cukup laa. Saya nak, fasih bertutur dalam bahasa Arab.

Jadi, salah satu caranya adalah tengok cerita2 kartun Arab dan dengar lagu2 Arab. Dengar lagu, tengok lirik dan fahamkan. Tak faham? Cari makna sampai faham. Dengar cara sebutan setiap perkataannya. Dan ikut sebut sekali. Senang je kan..?

Sekarang, saya asyik duk ulang2 lagu ni jer. Memang best!
Apa yang best? Humm.. Saya sukakan rentak lagu tu, tidaklah terlalu rancak, dan tidaklah terlalu slow sampai boleh buat orang tertidur. Daaann yang LAGI BEST… Liriknya.. sangat mendalam maksudnya..

Jom dengar lagu ni.. Klik link di bawah..

Lagu Arab Best

Lirik lagu la la
Ni lah rupa penyanyi nya Humood Alkhudher

Best kan?

Ok, sekarang jom tengok liriknya pulak. Hayati maksudnya.. 

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti ia akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

So, kenapa kita perlu tiru-meniru perwatakan orang lain, jadi lah diri sendiri selagi yang kita buat itu, adalah sesuatu yang baik. Pedulikan apa yang orang nak kata tentang kita. Dan, ingat.. kecantikan sebenar adalah datang dari hati. :)

Ohh.. indahnya ISLAM... <3




Punca dan Rawatan Ekzema

Apa itu Ekzema?

Ekzema secara umumnya adalah masalah berkenaan dengan kulit tanpa mengira usia.
Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan, keradangan, kemerahan dan bersisik. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai atopic dermatitis. 

Selalunya ekzema dikaitkan dengan kulit kering. Apabila kulit kering, kegatalan dan keradangan lebih mudah berlaku. Tapi ada jugak ekzema basah. Ekzema basah ni tempat gatal tu keluar biji biji gelembung air. Ekzema kering pulak, tempat gatal tu jadi kering dan bersisik.


ekzema kering
Ekzema Kering

Ekzema Kering

Ekzema Basah/berair

Punca Ekzema

Keturunan dan mempunyai pelbagai pencetus lain yang boleh menyebabkan alahan seperti 

  • pemakanan
  • pakaian
  • penggunaan sabun
  • minyak wangi
  • suasana/persekitaran
  • jangkitan kuman


Lain orang lain punca pencetusnya..
Kalau macam I punca pencetusnya yang pasti bukan seafood. Sebab I seafood lover dan takde masalah kalau makan seafood banyak mana pun. hihi..

Setakat ni punca pencetus alahan/triggered I yang I pasti ada 4 iaitu hama, aircond, sabun dan air mandi kotor.

Kalau tidur atas cadar atau tilam lama, haa siaplah... Mungkin disebabkan hama. I jadi cepat gatal dan merah sampai garu garu teruk kalau salah tidur kat tempat macam tu.
Aircond pun boleh jadi pencetus kegatalan I. Bukan miang ye, tapi gatal gatal. huhu. Rasa macam nak garu guna garfu je. huhu.. Mungkin sebab bila dalam aircond kulit I jadi kering, bila kulit kering tulah jadi pencetus gatalnya.
Kalau sabun dan air mandi tu jarang-jarang I kena. 

So, I akan pastikan 3 perkara ni: 
  • cadar mesti selalu bersih, basuh 1 atau 2 minggu sekali. Pastikan bila baring tu, takde rasa miang miang gatal.
  • pakai losyen pelembap atau krim sebelum masuk tempat aircond untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • pilih sabun mandi yang tak mengeringkan kulit dan elakkan yang banyak kimia

Cara pakai losyen pelembap atau krim ekzema

      Cara segera:
  1. Pastikan tangan dibasuh bersih terlebih dahulu.
  2. Kalau krim jenis kena calit tu, pastikan calit guna lain lain jari (tiap kali nak calit balik) atau guna spatula untuk ambil sedikit krim tu. Kalau yang jenis kena picit dalam tiub tu, takde masalah sangat. Cuma jaga kawasan permukaan tiub tu supaya sentiasa bersih.
  3. Sapu krim mengikut arah tumbuh bulu.
  4. Sudah sapu, jangan lupa basuh tangan.
p/s: Seeloknya sapu selepas mandi. Sudah lap lap badan tu, haa sapu laa

     Cara leceh, cara I sendiri:
  1. Ambil sapu tangan yang material dia macam tuala mandi tu (yang bersih ye). Celup dalam air suam. Perah dan lap lap pada kulit tempat gatal tu. Atau boleh juga basuh tempat gatal tu dengan air suam dan lap sampai kering. Tujuannya adalah nak mematikan kuman kuman yang menyebabkan gatal tu. 
  2. Pastikan tangan bersih.
  3. Sapukan aloe vera/gel aloe vera pada tempat gatal tu bagi menyejukkan tempat gatal dan mengelakkan keradangan. Biarkan kering.
  4. Sapukan pula krim/losyen ekzema pada tempat gatal tu mengikut arah tumbuh bulu.
  5. Basuh tangan lepas sapu tu.
Untuk jenis ekzema kering, sesuatu yang melembapkan dan sedikit berangin (menthol) yang boleh menyejukkan kulit, jika disapu pada tempat ekzema, rasanya sangat menenangkan dan boleh mengurangkan rasa gatal dan keradangan.


Krim/Losyen Ekzema

Ni yang I pakai la dan I rasa sesuai dan selesa dengan I.

aloe vera gel guardian
Aloe Vera Gel Guardian. Bebas alkohol, pewarna dan pewangi

krim Herbal Blend Shaklee
Herbal Blend Shaklee. Multipurpose Cream, mentholated. Bebas Paraben

Ada banyak lagi krim yang best untuk ekzema. Contohnya:

  • Sebamed
  • Eczy
  • Cetaphil
  • Herbava
  • Sudocream
  • Triderma
Dan banyak lagi... Boleh la cuba mana yang sesuai.

Setakat ni I rasa Krim Herbal Blend paling best untuk ekzema. Sebab ada menthol. Jadi berangin sejuk. Boleh mengurangkan rasa gatal.

p/s: Sentiasa bawa krim/losyen ke mana mana pun anda pergi.
In case korang tertinggal krim dan tetiba ekzema menyerang... Pergi cari air dan sapukan pada tempat gatal tu.. bagi kulit lembap.
Dan pastikan kuku sentiasa pendek


9 Fakta tentang Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Semalam kita terima berita menyayat hati tentang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

9 Fakta yang berjaya dikumpulkan:
  1. Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
  2. Ditubuhkan pada tahun 2002.
  3. Diusahakan oleh orang perseorangan di atas lot tanah yang beralamat di No.75, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
  4. Pengajian yang mengutamakan hafazan Quran dan pengajian kitab-kitab turath.
  5. Berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  6. Menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  7. Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah adalah Mohd Zahid Mahmod.
  8. Peraturan pusat tahfiz: Aktiviti memasak tidak dibenarkan.
  9. 14 September 2017 jam 0515 berlaku kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa
- Kejadian dipercayai bermula dari pintu asrama yang terletak di bahagian tengah asrama.
- Bomba terima panggilan jam 0541 dan kebakaran berjaya dipadamkan jam 0645.
- Pemeriksaan mendapati mangsa berada di 3 sudut berlainan



Difahamkan bangunan yang terbakar tersebut adalah bangunan penempatan sementara sebelum bangunan asalnya (dalam proses ubah suai) yang terletak 1 kilometer dari bangunan yang terbakar tersebut siap.

Penempatan murid yang terbakar

23 Senarai nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 21 murid dan 2 guru.
  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Sumber diperolehi daripada akhbar tempatan dan jabatan bomba

Syurga buat kalian. Moga ahli keluarga mangsa terus tabah.. 

Drama JPJ - Ops Cinta Din Sardin

Drama Melayu yang I terlayan tanpa sengaja.

Ada la satu malam tu, I kebosanan.. Buka la tv9. On tu, sedang elok cerita tu baru mula. Tengok Mira Filzah pulak berlakon. I dah la minat Mira Filzah. So tengok laa...

Tengok punya tengok. Best jugak cerita ni. Tambah tambah ada pulak Kaza dan Delimawati. Jadi lagi terhibur dengan loghat dan telatah diorang. Hehe

Cerita tu tajuknya Din Sardin, telemovie di tv9. Dilakonkan oleh:

  • Izzue Islam sebagai Din Sardin
  • Mira Filzah sebagai Che Ta
  • Niena Baharun sebagai Cik Murni
  • Kaza sebagai ayah Din
  • Delimawati sebagai mak Din

Din Sardin 2015

Cerita telemovie Din Sardin (2015) ni kisahnya berkisar tentang seorang kaki motor yang bernama Din. Dia seorang yang berlagak dan selalu buat hal kat jalan raya.

Sampai lah suatu hari tu, dia buat hal dengan seorang gadis ni. Din tunjuk eksyen bila gadis tersebut menegur kesalahannya di jalan raya.

Selepas daripada itu, din nak kena ambil lesen kereta setelah disuruh berkali kali oleh maknya. Sampai lah waktu nak test JPJ. Din terjumpa lagi dengan gadis tu.

Masa tulah baru dia tahu yang gadis yang dia bertekak haritu rupa rupanya JPJ. Baru tau nak cuak Din. Lagi cuak bila dia akan di test oleh gadis JPJ tersebut iaitu Che Ta.

Disebabkan Din banyak buat salah, Din tak lulus lesen. Berkali kali jugak la dia nak kena ulang test JPJ tu. Bila Din tak lulus lulus lesen dia tu. haha. Mak dia siap buat mandi bunga, bagi minum air tawar lagi. Haha..

Sudah ceritanya, akhirnya lulus la jugak lesen Din. Cerita habis dengan Din terpikat dan simpan perasaan terhadap Che Ta.

Cik Murni dan Che Ta

Disebabkan cerita Din Sardin tu mampu memikat hati beta... Maka terlayan la juga cerita Din Sardin yang lainnya. muehehe...

Lepas telemovie Din Sardin (2015) tu, ada satu lagi telemovie Din Sardin (2017).

Tapi takde kaitan pun. Takde kesinambungan pun. Tapi disebabkan watak Din Sardin (Izzue Islam) dan Che Ta (Mira Filzah) dikekalkan, I layan je la. haha.

Telemovie Din Sardin (2017) ni, pasal Che Ta dan JPJ nak menumpaskan masalah geng geng rempit. Dan Din merupakan kepala geng tu. Disebabkan Din ni dah terjatuh hati dgn Che Ta, dan Che Ta berjaya memujuk, memberi makna hidup kepada Din. Masalah rempit berjaya di selesaikan. Din pun dah berubah, dah nampak hala tuju hidupnya.

Maka bersambunglah telemovie Din Sardin (2017) ni dengan drama Ops Cinta Din Sardin (2017) 20 episod.


Kan Din dah ada tujuan hidup sekarang.. So, dalam drama ni berkisar tentang Din cari kerja dan sampailah jadi JPJ macam Che Ta. Lepas berjaya jadi JPJ, misi Din seterusnya adalah pikat hati Che Ta lah.. hihi

Nak tau macam mana cerita penuhnya, kena tengok lah.. hee
Kang I cerita, jadi berjela jela pulak.

Din Sardin jadi JPJ

Che Ta gadis JPJ

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Din dan Che Ta bersatu

  • Telemovie Din Sardin (2015) pasal Din ambil lesen kereta
  • Telemovie Din Sardin (2017) pasal geng rempit dihapuskan dan hubungan Din dan Che Ta makin rapat
  • Drama Ops Cinta Din Sardin (2017) pasal Din cari kerja dan berjaya jadi JPJ atas galakan dan saranan Che Ta.

Thursday, 14 September 2017

4 Cadangan Breakfast untuk Orang Busy

Ni, sebelum i start bebel ni..
I nak tau lah jugak, kalau breakfast selalunya korang makan apa ye?

Ke memang tak ambil breakfast?

Untuk korang yang sentiasa busy, I cadangkan 4 jenis ni untuk breakfast yang mudah dibawa dan mengenyangkan korang





  • Biskut: (Belvita, Munchy's Oat Krunch)
  • Coklat: (Snickers, Kinder Country/Bueno, Mars)
  • Cereal Bar: (Kellogs, Nestle Fitness, Koko Krunch, Oat Bar, Quaker Chewy, Yogood Muesli Bars, Nature Valley Crunchy, Go Natural Breakfast Bars, Gulfood Energy Bar)
  • Roti: (Massimo, Gardenia, Mighty White, Top Baker) - macam macam jenis ada. Boleh pilih je.

Ni yang I tau laa.. Kalau korang nak tambah lagi, boleh la komen kat bawah.

Nanti I masukkan dalam list

Tapi yang selalu ada dalam handbag I mestilah Belvita. Memang mengenyangkan! 


Cara Mudah Download Movie

Di petang yang hening ini,
Memandangkan cik Soobeey ni agak lapang sekarang..

Maka bermulalah hobi I yang tak berapa nak berfaedah ni kot. Haha.. Apa lagi tengok movie laaa..

Lagi lagi ada lubuk movie yang macam macam cerita ada ni. Mampu la memenuhi kehendak hantu movie macam I ni. hehe.

Sekarang I nak download movie Baby Driver (2017).

Tengok rating agak tinggi. Harap harap menarik la.

Oh ye, ni I share dari mana sumber I dapatkan movie. Nak download kot phone pun takde masalah.




I selalu jugak download kat phone je, senang nak tengok sambil baring. hehe.

Ni linknya, klik SINI untuk join.. Sumbernya dari Telegram.

Pesanan I,
Kalau korang nak download di handphone, pastikan

  • Line internet okay tanpa sebarang gangguan
  • Memory phone korang mencukupi untuk download movie.

Tengok saiz movie tu, berapa..
Kemudian tengok memory phone korang berapa banyak lagi tinggal.
Kalau macam tak cukup tu, pandai pandai lah korang clearkan cache phone korang tu dan delete la memana gambar dan video yang tak perlu. Contohnya gambar dari group WhatsApp, bukannya semua perlu kan..

Okay, tu saja perkongsian I setakat ni.
Selamat menonton

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

Bertarikh 14 September 2017, berita duka diterima.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terletak di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Kebakaran itu telah meragut lebih 20 nyawa, 3 kritikal dan yang lain cedera.

Moga Allah tempatkan kalian di syurga Firdausi bersama sama dengan orang orang yang disayangi Allah.

Ini bukan kali pertama berita kebakaran pusat tahfiz yang kita dengar. Sebelum ni kebakaran pondok Pak Ya juga meragut banyak nyawa.

Apa yang dikesalkan kerana pihak pentadbiran tidak menitik beratkan faktor keselamatan. Mana mana pusat tahfiz kebanyakannya macam tu lah.

Tapi, telah tertulis untuk mereka berjumpa Ilahi hari ini.

Kematian mereka, Quran penuh di dada. Tapi kita? Macam mana pengakhirannya...

Moga kita berakhir dengan husnul khatimah. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Takziah juga saya ucapkan pada pihak pengurusan.

Moga kita sama sama ambil iktibar dari apa yang berlaku.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156).

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)

Marilah kita sama sama berdoa kepada keluarga mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan

أَعْظَمَ اللَّهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ، وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu,

Dari Allah kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali.



Alasan Tak Sempat Breakfast

Kehidupan seorang pelajar, korang pun tau macam mana kan.

Dengan kelas, assignment, perjumpaan dan macam macam hal lagi la. Segala aktiviti zaman belajar ni, I rasa masa makan I tak teratur.

Selalu skip breakfast sampai kadang kadang merasa lah kena serangan gastrik.

Kalau bab waktu makan ni kan, breakfast la yang paling penting. Orang nak kurus dan diet pun disarankan tak skip breakfast tau.

Breakfast ni tak perlu makan berat berat pun. Janganlah sampai makan nasik pagi buta tu nak. Ambil yang macam cereal, biskut, roti elok la untuk sarapan.

Jangan jadikan alasan tak sempat ye. No no no. I sendiri pun slalu cakap tak sempat sampai lah kena gastrik ha. huhu. Kesian perut I.

So, saranan I.. Cubalah macam mana pun untuk tidak skip breakfast. Alaa skrg semua dah mudah dan banyak pilihan yang jenis senang di bawa ke mana mana tu.

Breakfast I yang paling mudah, biskut! Biskut kan ada jenis pack kecik kecik tu. Senang. Sebelum keluar bilik, capai lah 1 pack, sumbat dalam beg. Dalam bas atau kereta sementara nak sampai tu, boleh lah makan. Hihi.

Carilah biskut yang mengenyangkan dan memberikan tenaga. Permulaan hari mesti nak kena bertenaga kan.

Okay, j

Masalah Nuffnang Selesai!

Alhamdulillah....... Akhirnyaaa...

Iklan Nuffnang dah berjaya menembusi blog Soobeey.

Bila nampak je iklan Nuffnang keluar dekat blog, terus mulut ni mengeluarkan suara nyanyi

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat

Syukur tak terkata lepas bermacam-macam cara buat. Kalau tak, dekat manage blog my Nuffnang tu, takde keluar tick warna hijau tu, walau dah berapa puluh kali mencuba copy paste code iklan tu. DI tengah malam yang dingin ni, usaha rombakan blog soobeey ni membuahkan hasil. Hasilnya macam gambar di bawah ni. Semua iklan dah berjaya melekat dalam blog.


Nuffnang bermasalah


Tengok bawah ni, satu iklan Nuffnang dah muncul. Suka tak terkata sampai tempek gambar kat sini sebagai bukti. haha.
Iklan Nuffnang dah keluar
Iklan Nuffnang

 Apa yang dapat I simpulkan, ceyh skema ngat aih macam buat karangan tips la kononnya

  • Rajin-rajin lah update blog kalau taknak Nuffnang merajuk, buat macam macam hal
Harini I buat lebih dari satu post, barulah nak melekat iklan ni. So, kalau korang tetiba jadi macam I ni, cuba lah try update blog banyak kali dalam sehari tu ye. Simple simple pun takpe.
  • Cek line internet korang. Kalau macam siput sedut tu, masalah besar jugak. Nanti loading tak sudah
  • Cek link blog yang sekarang tu sama tak dengan yang ditulis dalam manage blog Nuffnang tu
  • Update survey dekat manage blog Nuffnang tu. Lepas tu baru la copy paste code code iklan tu
  • Pastikan! Cek semua copy paste code iklan tu betul tak pada tempatnya. Double triple cek selagi tak yakin. haha
  • Kalau tak menjadi jugak, jangan malu malu bertanya pada Nuffnang sendiri. Tak reti bahasa Omputih, bahasa Melayu pun Nuffnang faham je. 

Ha, dah.. tu je kot I rasa.

Oh ye, lepas dah buat semua ni, nak tengok iklan Nuffnang korang berjaya ke tak menempatkan diri kat blog korang. I sarankan korang tengok tengah malam dalam pukul 1-5 pagi (waktu orang Malaysia tidur) haa.... masa masa macam tu dia akan muncul. haha.

okay tu saje, bebelan cik Soobeey harini.
I sayang Nuffnang. Tengok i taip Nuffnang pun mula denganhuruf besar tau. mueehehe. Setia yang amat. Sayangilah daku Nuffnang. Jangan merajuk lagi....



Wednesday, 13 September 2017

Nuffnang Bermasalah

Nuffnang I masih bermasalah.

*I nak bebel

Template blog sudah kacau bilau jadinya. Bila mau okay tak pasti la tu.
Sekarang cuba menulis je la walaupun I rasa rupa blog I ni sangat simple dan kurang berseri.

Kerana iklan Nuffnang taknak melekat, semua I ubah jadinya. Sudahnya, tiada yang berubah pun melainkan rupa blog I yang menenangkan ni. hahaha


Help Me! Kenapa Iklan Nuffnang Tak Keluar

Mati akal dah ni memikirkan kenapa la iklan Nuffnang taknak keluar kat blog I. Ye, i tau blog i buruk dan tak menarik tapi paling tidak pun explain la kat i kenapa iklan u taknak munculkan diri kat blog ni.

Macam-macam cara dah I cuba, tak tau lagi kat mana silapnya.

Celaru kejap fikiran i ni tau, mana nak fikir pasal tesis lagi, pasal kahwin lagi, pasal Nuffnang lagi.

I pulak jenis mudah celaru bila ada masalah dan takde penyelesaian. haha


  • Link blog dah betul
  • Dah update survey
  • Dah update code iklan dan copy paste pada tempat tempat yang betol dah
Apa lagi patut i buat ni??

buntu.. haha
My Nuffnang pun asyik pusing-pusing loading for no reason.

Dah tanya jugak pada Nuffnang, dia kata nak check dan bagitau balik macam mana. Tapi sampai sekarang sunyi ni.

Alahai Nuffnang, saya sayang awak tau. Janganlah merajuk macam ni. muehehehe

Monday, 11 September 2017

Scrub Hilangkan Whitehead & Blackhead

Review yang jujur dari cik Soobeey tentang scrub muka

I sebenarnya.. hmm.
Kulit I sebenarnya jenis kulit yang sensitif. So, normal la kan sebagai naluri seorang perempuan, mesti la nak cantik dan pakai produk untuk cantikkan kulit kan. Tapi tulah masalahnya, bila kulit sensitif ni takut sikit nak cuba cuba produk sembarangan kan.

Muka menggerutu tu memang takyah cakap la. Semua orang hadap masalah ni kan. Cuma cara nak tangani tu je yang mungkin berbeza. Dan bagi I yang noob dan takut kulit hodoh ni, pernah cuba scrub dan scrub buat muka i jadi licin, selembut kulit bayi gitu..

Malangnya I lupa produk apa. So, disebabkan obses nak cantik dan dalam masa yang sama fobia kot muka jadi buruk, macam macam jenis scrub la jugak i guna untuk hilangkan whitehead dan blackhead ni. Kepala putih dan kepala hitam ni la yang buat kulit kita jadi tak licin, kasar. Haish.

TAPI, walau pun macam macam jenis scrub i pakai... I test sikit je kat kulit. Kalau tak sesuai dan tak berapa nak jadi, I bagi orang atau buat wakaf kat asrama. Sayang kulit oii... haha

Sampai lah I jumpa scrub ni. Terbaikkk!!
Segala yang tersumbat dalam pori tu, licin keluar. Memang sangat berkesan! Dan kulit I takde masalah dengan srub jenis tu.


scrub green tea
Scrub yang paling best!


Ni lah scrub yang I guna tu. Sampai sekarang I masih pakai yang ni. Sebab dah serasi bersama. ekeke. Ada pelbagai scrub dari St. Ives ni. Tapi yang i paling suka yang Green Tea ni lah. Jelas jelas kat situ blackhead clearing kan. Sungguh tak tipu, memang clear. hehe

Harganya murah je. Tak sampai pun 20 hinggit. Belas-belas je.

Boleh beli di Watsons, Lazada, Guardian

******

I baru je nak shopping online scrub ni, sebab dah habis yang i punya. Tengok tengok.. huhuhu. 

scrub muka yang best
Scrub Green Tea

Takde stok!
Kan dah cakap scrub ni memang best. Memang ramai yang pakai dan suka. Mana tak habisnya. huhu

Cepat cepat lah muncul balik ye...

Senarai Movie Science Fiction

I adalah sejenis seorang manusia kaki movie, hantu movie. Segala jenis movie dan drama i layan je semua. Tapi kalau movie sci fi / science fiction yang action, haa terlebih layan jadinya.

Ni i senaraikan movies jenis science fiction untuk tatapan dan rujukan korang yang berminat.
·         Alien: Covenant (2017)
·         Alien Reign of Man (2017)
·         Ghost in the Shell (2017)
·         Life (2017)
·         Logan (2017)
·         Lucid Dream (2017)
·         Rememory (2017)
·         Teleios (2017)
·         What Happened to Monday (2017)
·         Wonder Woman (2017)
·         Arrival (2016)
·         Beyond the Edge (2016)
·         Morgan (2016)
·         Realive (2016)
·         Rogue One (2016)
·         The Purge: Election Year (2016)
·         The Void (2016)
·         400 Days (2015)
·         Capsule (2015)
·         Jurassic World (2015)
·         Infini (2015)
·         Insurgent (2015)
·         The Hunger Games: Mockingjay II (2015)
·         The Martian (2015)
·         Project Almanac (2015)
·         Synchronicity (2015)
·         Divergent (2014)
·         Edge of Tomorrow (2014)
·         Fantastic Four II (2014)
·         Interstellar (2014)
·         Predestination (2014)
·         The Hunger Games: Mockingjay I (2014)
·         The Purge Anarchy (2014)
·         Time Lapse (2014)
·         Ender’s Game (2013)
·         Escape Plan (2013)
·         Gravity (2013)
·         Pacific Rim (2013)
·         Riddick (2013)
·         Snowpiercer (2013)
·         The Hunger Games: Catching Fire (2013)
·         The Last Days on Mars (2013)
·         The Purge I (2013)
·         Thor: The Dark World (2013)
·         Chronicle (2012)
·         Prometheus (2012)
·         The Hunger Games (2012)
·         Total Recall (2012)
·         Another Earth (2011)
·         Attack the Block (2011)
·         Cowboys & Aliens (2011)
·         I am Number Four (2011)
·         Source Code (2011)
·         Thor (2011)
·         Inception (2010)
·         Monsters (2010)
·         Predators (2010)
·         Knowing (2009)
·         Moon (2009)
·         Pandorum (2009)
·         Splice (2009)
·         Aliens vs. Predator: Requiem (2007)
·         Fantastic 4: Rise of the Silver Surfer (2007)
·         I am Legend (2007)
·         Sunshine (2007)
·         Fantastic Four I (2005)
·         Serenity (2005)
·         The Day After Tomorrow (2004)
·         Timeline (2003)
·         The Matrix Reloaded (2003)
·         Equilibrium (2002)
·         Jurassic Park III (2001)
·         The Astronaut’s Wife (1999)
·         Alien Resurrection (1997)
·         Cube (1997)
·         The Lost World: Jurassic Park (1997)
·         Jurassic Park (1993)
·         Alien 3 (1992)
·         Aliens (1986)
·         Alien (1979)


Cerita-cerita yang i senaraikan kat atas ni kebanyakkannya berkisarkan alien, pengembaraan angkasa lepas dan time travel (ala yang macam cerita doraemon tu ada time travel kan).

Sebenarnya banyak lagi cerita yang tak tersenarai. Nak senarai semua memang panjang la post i agaknya. Kang jemu pulak nengok. Disebabkan i berminat mengenai alien dan angkasa lepas, maka kebanyakan cerita yang i tengok berkisar tu je la. Hihi

Tapi dalam banyak-banyak cerita ni, cerita alien lah cerita yang paling i suka dan ikut. Macam misteri gitu kan. hoho.
Mula-mula Alien (1979) [yang ni i baca somewhere je], Aliens (1986), Alien 3 (1992), Alien Resurrection (1997), Alien: Covenant (2017) dan akan datang Alien Project (tajuk tak pasti lagi) jalan cerita pun tak pasti lagi sebab masih dalam pembikinan.

Satu lagi yang bersiri, The Purge. Akan datang tahun depan 2018, The Purge: The Island.


Sekian saja lah bebelan i pasal movie science fiction. Kalau korang ada cadangan boleh lah komen, nanti i tengok ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...