Cara Guna Application Airbnb

16:51

Hai guys..

Sepanjang cuti sekolah ni, apa rancangan korang bersama keluarga tersayang?
Masa cuti panjang macam ni la masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga kan?

Kalau korang merancang untuk bercuti, huda cadangkan korang bercuti dengan Airbnb pulak. Alami kelainannya bila korang menginap di Airbnb. Selalunya check in hotel je kan. Apa kata kali ni cuba Airbnb pulak.

Cara guna application Airbnb ni mudah je..

1) Korang klik SINI untuk mendaftar/sign up. Atau boleh klik pada gambar bawah ni. Daftar/sign up dengan 3 saluran, iaitu melalu Facebook atau Google ataupun Email. Pilih la mana yang memudahkan korang.

Airbnb Malaysia


2) Klik (Terima) untuk sahkan yang korang bersetuju.

Airbnb Malaysia


3) Mula sekarang (lengkapkan profil korang). Masukkan gambar korang untuk memudahkan urusan antara dua pihak(korang dan hos)
* Boleh pilih bahasa dan jenis matawang di bawah sekali page tu.

Airbnb Malaysia

4) Masukkan nombor telefon korang dan klik pada sahkan nombor telefon (yang warna merah tu)
*Pastikan nombor tu aktif la ye, jangan bagi nombor yang tak aktif dah

Airbnb Malaysia

5) Sila semak emel korang dan sahkan.
*kalau takde di emel, cuba semak/check emel bahagian spam. Kalau takde jugak, masukkan emel dan klik hantar semula emel (macam gambar kat bawah ni)

Airbnb Malaysia

6) Dah siap semua yang tadi tu.. Dah sedia untuk menyelami dunia Airbnb? 
Jom!! Klik pada mula meneroka.

Airbnb Malaysia


7) Pada ruangan 'Cari', taip destinasi korang. Contohnya, Kuala Lumpur/Subang/Bandung/Jakarta/Singapura dan lain-lain lagi. Dan 'Enter' atau klik lambang kanta carian tu.

Airbnb Malaysia

8) Gunakan penapis/filter untuk memilih. Klik pada penapis/filter untuk memilih tarikh, bilangan tetamu, jenis bilik/tempat penginapan.
*Ada 3 jenis (keseluruhan rumah/bilik persendirian/bilik kongsi)

Airbnb Malaysia



9) Boleh pilih julat/range harga mengikut bajet korang. Harga bermula pada RM45.
*Caranya gerakkan yang bulat warna putih tu

Airbnb Malaysia



10) Boleh tanda pada yang berkenaan. Pilih bahasa yang korang boleh berinteraksi dengan hos tersebut.
*Selalunya kalau di Malaysia ni, kebanyakkan boleh berinteraksi dengan menggunakan Bahasa Melayu.
*Bahasa dan matawang boleh juga diubah disini (bahagian bawah page) atau pada setting

Airbnb Malaysia

*akan bersambung lagi.. panjang pulak rasanya. 😅😅😅
Kalau ada nak tanya apa-apa, tak faham atau ada kemusykilan ke, jangan segan-segan untuk bertanya ye. Boleh komen.

You Might Also Like

1 comments

  1. Maaf mencelah, jemput join :)

    http://bilabosanmenjelma.blogspot.my/2016/12/end-new-year-giveaway-by-izzati-athirah.html

    http://nuratiqahnajihah.blogspot.my/2016/11/giveaway-topup-percuma-by-atiqah-najihah.html

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.