Soalan Peperiksaan SPA

08:02

Sekarang musim peperiksaan SPA bagi kebanyakan jawatan kan. Tak pasti la kalau huda sorang je yang perasan. Hikss. Peperiksaan SPA sekarang sudah upgrade, jawab online je. Tak perlu nak kena hadir ke mana-mana. Bagus la tu kan, memudahkan semua orang. Cuma yang payahnya kalau line tak stable. Aishh, kalau line teruk.. memang betul-betul menguji kesabaran la.

Okay, huda taknak berleter panjang-panjang. Harini huda nak share sikit berkisar tentang pembahagian soalan bagi peperiksaan SPA. Kebiasaannya ujian tu merangkumi 3 bahagian, iaitu:
i)                    Psikometrik
ii)                  Pengetahuan am
iii)                 Daya menyelesaikan masalah

Bagi yang tak tau atau kurang pasti ujian psikometrik tu macam mana, ni huda share sikit apa yang huda tahu dan faham. Nama psiko tu macam dah seram kan. Ngeh3x..

Ujian Psikometrik ni adalah ujian untuk menguji pandangan kita terhadap sesuatu topik. Ianya adalah untuk mengetahui bagaimana personaliti kita. Nak tengok sejauh mana personaliti kita. Nak menilai tahap leadership kita, bekerja dalam kumpulan macam mana, jujur ke tidak. Haa.. macam tula lebih kurang. Selalunya ianya dijawab dengan dua pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak.

Pengetahuan am pula adalah pengetahuan am mengenai Malaysia, alam sekeliling dan jawatan yang dipohon. Jadi... korang kena tahu lah apa yang patut, perkembangan malaysia sekarang, projek-projek kerajaan, sejarah dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelesaian masalah pula adalah soalan yang menghendaki kita selesaikan masalah la, tentang kira-kira iaitu matematik (matematik ikut atas jawatan, tinggi jawatan tinggi la matematik nya). Bahagian ini mungkin mempunyai pecahan topik seperti kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan konsep-konsep matematik. Gunakanlah segala pengetahuan yang ada, gunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Exam SPA
Kertas peperiksaan online

Kepada yang akan menghadapi peperiksaan SPA, huda ucapkan selamat maju jaya, semoga dipermudahkan menjawab. Selamat menjawab dengan baik!




You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.