Instagram

Sunday, 17 September 2017

Peraduan Nescafe - Hadiah 1 Malam Penginapan di Genting

Korang peminat tegar coffee?
Korang suka minum Nescafe?

Jom minum Nescafe & Menang. Kembalikan kesegaran anda dengan Nescafe.. 

Ceyh, ayat iklan sangat


Nescafe Malaysia

Nescafe sentiasa jadi peneman kebanyakan pelajar untuk berjaga malam, betul tak?
Minuman Nescafe bukan saja digemari oleh pelajar, malah golongan yang sukakan coffee. Nak angkat bagi tetamu minum pun takde hal lah..

Sebab rasa Nescafe sangat sedap!
Ada banyak pilihan rasa pulak tu.. Bukan rasa je banyak pilihan tapi jenis packaging nya pun banyak. Ada dalam tin, pek 3 in 1, kotak, pek isi semula dan botol. Sangat mudah.

Oh ye.. kalau korang nak tau, sekarang ada peraduan Nescafe tau.. Peraduan Jom Whatsapp & Menang/Peraduan Jom Nescafe. Jom sertai!

Kalau korang cari peraduan ni di laman web Nescafe memang takde la ye.. Sebab peraduan ni anjuran Nestle Product Sdn. Bhd dan WorldCard Services Sdn. Bhd.

Link maklumat lanjut tentang peraduan ni ada di penghujung post

Ni I share maklumat peraduan untuk tatapan dan penyertaan korang.

Peraduan Nescafe Jom Whatsapp & Menang
Peraduan Nescafe Jom Whatsapp & Menang di 7Eleven

Nama Peraduan
Jom Whatsapp & Menang


Tempoh Peraduan
Bermula dari 4/09/2017 pada “00:00:001” hingga 29/09/2017 pada “23:59:59”

Cara-cara Penyertaan
  1. Beli 1 produk sedia minum NESCAFÉ tin/PET/UHT dari mana-mana kedai 7Eleven di dalam 1 resit rasmi.
  2. Ambil gambar muka depan resit pembelian
  3. Whatsapp - Gambar resit, Nama Penuh dan No. MyKad ke 017 8868 506
  4. Link untuk menjadi ahli Genting Rewards akan dihantar ke telefon bimbit anda. Sila isi butiran yang diperlukan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.
Pesanan
Simpan resit rasmi asal untuk dikemukakan semasa penebusan hadiah-hadiah.


Hadiah-hadiah
  • Hadiah Utama untuk 5 Pemenang Bertuah
          Kad Hadiah Petronas bernilai RM10,000

  • Hadiah Mingguan untuk 200 Pemenang bertuah setiap minggu (selama 8 minggu)
          Penginapan 1 malam di Y5 Deluxe Room, First World Hotel

First World Hotel, Genting
First World Hotel, Genting

Nota
  • Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan
  • Peserta-peserta layak memenangi 1 Hadiah Mingguan dan 1 Hadiah Istimewa sahaja sepanjang Tempoh Peraduan
  • Pemenang akan diberitahu melalui WAM atau telefon. Senarai pemenang-pemenang juga akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my].
  • Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempohnya



"Jom, minum kopi?"

"Jom menang!"


Selamat Maju Jaya!

Gigitan Makhlus Halus

Sedari kecil lagi, I memang selalu kena kacau dengan makhluk halus. Mak I cakap dia memang suka I.. Fall in love dengan I. Merah merah satu badan tiap kali kena gigit. Selalu sangat, orang lain duduk elok je takde kena apa pun. Tapi I, merah merah kena gigit dengan makhluk halus tu. 

Tak.. bukan makhluk halus yang tu..

Makhluk halus yang berkaki 6 tu la.. Nyamuk. Manis sangat agaknya darah I ni. huhu.


Tapi makhluk halus yang korang fikirkan tadi tu pernah kena juga.


Selalunya kalau kena gigit nyamuk ni, i sapu balm atau minyak angin je. Walaupun takde la menjadi sangat. Tapi takde lah gigih nak pergi cari ubat gigitan serangga ke apa. Alah, nyamuk je kot. Nanti nanti hilang la kan..

So, kalau masuk 7eleven, Guardian, Watsons atau mana-mana kedai la.. Selalu je nampak ubat gigitan nyamuk.. Contohnya Mopiko. Terang terang ada gambar nyamuk kat bekas dia tu.. Dah tau selalu kena gigit nyamuk, tapi langsung tak hirau nak beli.

I punya la berlagak tu entah kenapa la.. Tiap kali nampak Mopiko, I mesti pandang sebelah mata je.. atau buat buat tak nampak. ish ish ish.. Mungkin sebab gambar nyamuk pada bekas mopiko tu macam kartun. So, I tak berapa nak percaya ubat tu berkesan. Apa lah salah Mopiko si ubat nyamuk ni. Kesian dia.

nyamuk
Makhluk Halus yang dipanggil Nyamuk

Tapi kali ni special kes. Yang pastinya merah merah pada badan i ni, bukan angkara gigitan nyamuk. Satu badan timbul biji biji merah dan tersangat la gatal. Dan I sangat memerlukan ubat yang boleh mengurangkan kegatalan ni. So, masuk 7eleven.. Macam biasa, akan nampak mopiko. Tapi I buat buat tak nampak lagi. Cari ubat gatal lain...
Yang harunya, memang takde ubat lain. huhu. Yang ada hanya mopiko. Terpaksa lah I rendahkan ego, capai satu mopiko dan bayar di kaunter. Sekali cashier bagitau harga. Punyalah terkejut I. Mahal benor ubat nyamuk ni. Dalam RM15 macam tu. 

Haa, dia dah datang balik rasa tak puas hati dan pandang lekeh kat ubat tu. "Mahalnya ubat ni, ubat ntah pape la ni". Tapi dah terbeli dan keadaan terdesak nak pakai.. Terpaksa lah jugak.

Sudah beli tu, buka kotak. Dan keluarkan ubatnya. Tapi mulut ni duk bising lagi. "Besar ni harga macam tu. Dahlah ubat nyamuk je".

Sekali buka penutupnya, cuba la bau. Eh, best baunya. Berangin pulak tu. Cepat cepat sapu kat tempat merah merah tu sebab dah tak tahan gatal. Masa sapu tu.. saat ubat tu bersentuhan dengan kulit... "aaaahh.... leganya rasa.... lega sangat sangat" (hanya orang yang selalu kegatalan je tau macam mana rasa leganya)

Jujur I cakap, memang mopiko ni boleh hilangkan kegatalan. I pulak yang dah fall in love dengan mopiko ni. Maaf ye, sebelum ni I pandang U sebelah mata. Mulai saat ini, I akan bawa u ke mana mana je I pergi.. Terima kasih melegakan kesakitan I. Sayang U sangat!

Betul la orang kata, "Don't judge a book by its cover'. Sekarang I faham...
Don't judge Mopiko by it's cover. hikss..

Oh ye.. tadi kan I cakap special kes. Macam I pernah cerita dalam post sebelum ni pasal EKZEMA, kulit I memang triggered dengan tilam atau cadar. Tilam atau cadar yang mungkin berhama. So, I rasa mungkin disebabkan tu lah badan I merah merah kegatalan ni. Specialnya kerana bukan sebab nyamuk.

Bila dah kena tu, semuanya lah I akan basuh dengan air panas. Nak bagi mati semua hama dan telur telur nya. huhu. Banyak kerja jadinya.


Mopiko
My favorite sekarang
Ini maknanya.. Mopiko bukan sekadar untuk melegakan gigitan nyamuk, walaupun gambarnya nyamuk. Tapi Mopiko mampu melegakan segala kegatalan gigitan serangga (termasuklah hama). Kalau lenguh lenguh, sakit sakit otot pun boleh sapu mopiko ni. Sebab berangin dia tu, memang sangat best! dan melegakan.

Duk tilik tilik kotak mopiko ni, baru tau Mopiko made in Japan. Jauh terbang sampai ke Malaysia. Suka hati I je nak pandang sebelah mata. Sorry.. Menyesal. So, dengan ini I sangat sangat cadangkan mopiko ni untuk segala gigitan serangga, kegatalan dan sakit otot. Tidur sebelah mopiko malam ni. hikss. Terima kasih. 

Saturday, 16 September 2017

Girlfriend Aku dari Neraka

Memandangkan sekarang tengah berlangsung Girlfriend Aku dari Neraka The Series, I nak imbas balik telemovie Girlfriend Aku dari Neraka yang ditayangkan pada tahun 2015.

Disebabkan tajuknya Girlfriend Aku dari Neraka, I jadi tertarik nak tengok ceritanya. I jadi tertanya-tanya kenapa dari neraka. hmm.. dalam fikiran I masa tu fikir gf dia ni jahat sangat ke... atau teruk ke... ke kenapa. Kenapa dari neraka?

Tanpa membiarkan fikiran I berteka teki, I pun tengok la...
Kalau tak silap cerita tu berdurasi 1 jam 30 minit. Menampilkan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Sharifah Sakinah sebagai watak utama. Dibantu oleh pelakon pelakon lain seperti Ayda Jebat, Aidit, Sharifah Shahora dan lain-lain lagi.

Girlfriend Aku dari Neraka 2015
Girlfriend Aku dari Neraka 2015

Judul Telefilem:
Girlfriend Aku dari Neraka (2015)

Pengarah: Dira Abu Zahar
Penerbit: Michael Ang
Terbitan: Cube Film

Pelakon dan watak:

Aiman (Rudi)
Sharifah Sakinah (Lidya)
Sharifah Shahora ( Mak Rudi)
Ayda Jebat (Tasha, kawan Rudi)
Aidit (Mamat, kawan Rudi)

Sinopsis cerita Girlfriend Aku dari Neraka:

Alkisahnya tentang seorang jejaka yang bernama Rudi. Rudi adalah seorang playboy dan kerap bertukar-tukar girlfriend. Walaupun begitu, Rudi adalah seorang yang sangat memilih dan high taste dalam hal girlfriend ni. Ada piawaian atau syarat yang ditetapkan sebelum seseorang perempuan tu diambil sebagai girlfriendnya.

Syarat-syarat untuk menjadi girlfriend Rudi adalah:

  • cantik
  • kurang cerdik darinya
  • bergaya dan fashionista

Atau istilahnya perempuan yang bimbo. Dalam erti kata yang mudah faham, bimbo ni bermaksud cantik tapi kurang bijak.

Rudi ni nak gf yang kurang cerdik darinya sebab baginya yang cerdik pandai ni banyak menyusahkan kaum Adam. Dan yang bimbo ni lebih senang dijaga dan happy.

Dan kemudiannya dia jumpa lah gadis yang betul betul menepati citarasa dia tu iaitu Lidya. Lidya ni kawan Tasha yang baru balik dari London. So, Rudi memang tak pernah jumpa Lidya. Sekali jumpa, terus berkenan. Dan akhirnya diorang pun bercinta lah...

Sepanjang diorang bercinta tu, memang terselah bimbo girlfriend Rudi tu.. Sampai lah satu masa, Rudi dah tak boleh tahan dengan girlfriend dia sebab terlalu bimbo. Memanjang nak berkepit dengannya. Pastu macam terencat gitu. Perangai pun macam apa je.. Yelah sebab kurang cerdik kan.  tu yang jadi girlfriend dari neraka tu. haha.

Dan akhirnya dia menyesal memilih perempuan yang bimbo sebagai girlfriend..
Di akhir akhir cerita baru dia tahu, rupanya pertemuan dia dengan girlfried bimbo tu adalah rancangan maknya dan kawannya Tasha, semata mata nak ajar si Rudi ni yang ego tinggi melangit dan bagi dia rasa macam mana ada girlfriend bimbo.

...........

Sebenarnya Lidya tu tak bimbo pun. Elok je aih.. Lidya tu anak kepada kawan mak Rudi dan seorang pelakon. Memandangkan Lidya ni pelakon la, mak Rudi mintak Lidya ni berlakon jadi girlfriend yang bimbo kepada anaknya yang tak sedar diuntung dan tak hormat wanita tu.

Habis la ceritanya. Sekarang I nak layan cerita Girlfriend Aku dari Neraka The Series pulak. Pelakon utama dan wataknya masih sama. Cuma kawan kawan Rudi tu je pelakon lain pulak dalam edisi the series ni...

TAMAT....


Tapi I memang suka dengan lakonan Sharifah Sakinah. Memang menjadi. Alah, dia ni berlakon watak apa pun jadi. Dia pandai bawak watak. Lagi lagi kalau watak macam psiko, sesuai sangat dengan dia yang perangai macam gila gila gitu. hehe

Selamat menonton Girlfriend Aku dari Neraka The Series. 
Oh, kalau korang nak tengok yang versi telefilem yang tahun 2015 tu, boleh search je kat youtube. Ada kat situ..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...